Menu Seminggu Berbuka Yang Tidak Menjemukan

Share

Soal perbelanjaan barangan dapur sangat memerlukan perancangan yang teliti. Lebih-lebih lagi sekiranya memiliki keluarga yang besar. Maka, sangat penting untuk membuat bajet sebaik mungkin, termasuk bajet membeli stok makanan basah untuk dimasak hari-hari. Kali ini RASA susun menu anda untuk seminggu. Anda tetap boleh menikmati hidangan berasaskan ayam, daging dan ikan

 

AYAM MASAK KICAP 

BAHAN-BAHAN:

1/4 ekor ayam |bubuh garam/kunyit dan goreng

1 biji bawang besar | potong wedges

3 ulas bawang putih |kisar

6 ulas bawang merah | kisar

5cm halia | kisar

2 helai daun bay

1/2 biji cili benggala

4 sudu makan kicap

Sedikit cuka

Sedikit air

Garam dan gula secukupnya

Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan cuka, kicap dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili benggala.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan

Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.

 

DAGING GORENG HALIA 

BAHAN-BAHAN:

300gm daging |hiris

3 ulas bawang putih | kisar

5 ulas bawang merah |kisar

5cm halia | hiris keping

2 sudu sos tiram

Sedikit daun bawang

Sedikit cuka

Sedikit air

Gula secukupnya

Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan sedikit air.
  3. Masukkan cuka, gula, sos tiram.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang.

Info chef: Resipi ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram sudah masin.

 

IKAN KUAH LADA 

BAHAN-BAHAN:

3 keping ikan tenggiri

3 ulas bawang putih | kisar

6 ulas bawang merah |kisar

8 sudu cili kering kisar

2.5cm kunyit hidup | kisar

1 tangkai daun kari

2.5cm halia  kisar

1 sudu kecil ketumbar |sangai dan kisar

1 sudu kecil jintan manis |sangai dan kisar

1 sudu kecil jintan putih |sangai dan kisar

1 sudu lada hitam – sangai dan kisar

5cm kelapa keping bakar

5 batang kacang bendi

2 biji tomato |belah empat

750ml air

Asam jawa dan garam secukupnya

Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Tumis bahan kisar termasuk kelapa bakar sehingga naik bau Masukkan cili. Apabila cili sudah garing, masukkan 250ml  air.

2. Masukkan ikan. Biar mendidih sebentar.

3. Kemudian masukkan perahan asam jawa bersama 500ml air tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato bulat.

4. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Kelapa bakar itu perlu dibakar hingga hangus. Kemudian kikis  bahagian yang hangus dan ambil isi tengah. Kemudian kisar.

 

KENGSOM SIAKAP 

 BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap

4 biji bawang merah

4 biji bawang putih

10 batang cili kering

2cm kunyit hidup |separuh racik

3 keping asam gelugur

1 batang serai |titik

3 helai daun limau purut

1 batang bunga kantan |racik

Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

Minyak masak secukupnya

Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih.  Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
  4. Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap.  Masak hingga ikan masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 INFO CHEF: Kengsom adalah masakan popular di negara Thailand.

Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.

 

PEPES AYAM KUKUS 

BAHAN-BAHAN:

500gm isi ayam |potong kecil

2 biji limau nipis |ambil air

10 batang pucuk daun kemangi |racik

2 ulas cili merah |racik

1 biji tomato |potong dadu

4 batang daun salam |hiris

½ sudu teh gula pasir

Minyak masak  secukupnya

Garam secukup rasa

Daun pisang secukupnya  |sapu minyak dan layurkan sedikit

Lidi secukupnya

BAHAN UNTUK PES (KISAR):

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

3 batang cili merah

2cm kunyit

5 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.

Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.

Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.

Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.

Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.

INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan  rasanya lebih kurang dengan otak-otak.

Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.

 

GARAM ASAM IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah saiz sederhana

200ml air asam jawa

2cm kunyit

5 ulas cili merah

5 ulas cili padi

1 batang serai (dititik)

2 biji bawang merah

2 biji bawang putih

Garam, gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan merah dicuci bersih.
  2. Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
  3. Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
  4. Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidangdengan nasi putih.

INFO CHEF: Ikan patin juga sesuai dimasak dengan resipi ini.

Resipi: Terima kasih Cik Lah Masterchef, Bandar Baru Uda, Johor.

 

 

Published by
Putri