Rasanya ramai yang membuat kerja dari rumah, tentu leceh nak masak menu berbagai. Musim PKP ni masak yang mudah dibuat dan cepat dimasak, ni dia nasi goreng telur masin dengan udang.
Ekspres aje buatnya, boleh kenyang dari sarapan sampai ke petang…hehehe. Jom sambung buat kerja ofis pulak
NASI GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ads
Nasi putih
Bawang rose
Kuning telur masin
Udang
Cendawan enoki
Sawi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang sudah dihiris. Masukkan udang dan biar sampai bertukar warna. Selepas itu masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.
2. Masukkan nasi putih secukupnya dna gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayur pilihan anda seperti sawi dan cendawan enoki.
Ads
INFO:
Kalau tidak dapat yang hanya kuning telur masin sahaja. Boleh guna telur masin yang biasa tapi kurangkan yang bahagian putih sebab masin.
Kukus atau rebus dulu telur masin supaya mudah dilenyek nanti.
Mentega kacang adalah salah satu sapuan yang sedap apabila dimakan dengan roti. Selain dibeli di pasar raya, boleh cuba buat sendiri. Eh, ingatkan susah nak buat mentega kacang sendiri. Senang rupa-rupanya. Nah, RASA berikan resipinya. Nanti cuba buat ya.
PEANUT BUTTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
500 gram kacang tanah (buang kulit)
Secubit garam bukit
CARA MEMBUAT
1. Kacang tanah dibakar dalam oven sehingga perang dan masak. Guna kacang saiz besar dan tak berkulit.
2. Sejukkan sekejap. Kemudian kisar guna blender kering.
3. Letak secubit dua garam bukit.
4. Mula-mula kisar, kacang tu memang nampak kering. Teruskan kisar sampai minyak kacang keluar dan dapat hasil yang halus dan berminyak. Siap.
5. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
6. Boleh makan dengan roti atau overnight oat.
INFO
* Lebih sihat sebab tak letak gula. Sesuai untuk yang tengah berdiet.
* Kalau mahu, boleh letak 2 sudu minyak zaitun untuk teksturnya lebih lembut.
* Kalau beli kat pasar raya, peanut butter no add sugar harga berbelas-belas ringgit sebotol, kan. Buat sendiri lagu jimat. Macam ni modal RM3.40 sahaja.
Kuih cara antara kuih yang mudah disediakan kerana tidak menggunakan banyak bahan. Ada acuan, bancuhan adunan yang betul gerenti hasilnya terbaik. Kali ini apa kata aanda tukar kepada Cara Durian. Bahan lebih kurang Cara Manis, kurangkan gula tambahkan pes durian. Untuk resipi lanjut, ikut je resipi di bawah ni.
KUIH CARA DURIAN BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
240gm gula
500 ml santan kotak
250 ml air
6 biji telur saiz A
300gm puri durian
2 sudu besar minyak
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
Masukkan minya, gaul rata.
Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
Bakar lebih kurang 12-15 minit.
Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
Ikan sumber protin yang laing menyihatkan dan lazat. Dapat pulak ikan segar..memang manislah kuahnya Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh No Or ni. Kalau siapa yang baru kebah demam pun sesuai kalau nak hidup sup ikan senangin ni.
SUP IKAN SENANGIN
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ikan senangin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sepotong halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 cawan air
6-8 biji lada hitam (tumbuk)
perencah sup ikan
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Daun bawang / daun sup / karot (ikut suka)
Cara memasak:
1. Sediakan ikan senangin yang dah dibersihkan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah. Masukkan bawang dan halia.
4. Tumis hingga berbau wangi kemudian masukkan perencah sup.
5. Masukkan air, tunggu mendidih kemudian baru masukkan ikan.
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Kemudian, masukkan hirisan karot.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam, daun bawang, daun sup dan tutup api. Tadaa siap. Boleh lah dihidangkan dengan nasi panas.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira