Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sebagai Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga boleh memasak makanan mudah.
Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri sambal Azza yang juga bakal disusuli dengan beberapa produk perencah dan rempah ratus yang lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dapat meneruskan legasinya dalam bidang masakan dan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang ini.
Bagi sajian Raya ni Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi lauk Nasi Daging Air Asam Morocco.
Bahan-Bahan :
A: Bahan untuk direbus bersama daging :
B: Bahan untuk ditumis
Bahan air asam:
3 biji tomato merah
2 biji bawang besar/ hiris nipis
2 biji air asam limau/limau nipis
2 sudu makan sambal belacan
Cara Memasak:
1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan
2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging.
3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih..
4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dalam nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia untuk dihidang dalam bekas tajin. (periuk tradisi Morocco)
5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan bersama nasi daging.
TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.