Menu Sihat Guna Labu Kuning

Share

Labu kuning mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh kerana kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Labu kuning kaya khasiat seperti kalium, antioksidan dan vitamin. Nutrisi dalam satu cawan labu kuning rebus tanpa garam antara lain 49 kalori, 1,76 gram protein, 0,17 gram lemak, 12 gram karbohidrat, 2,7 gram serat dan 5,1 gram gula.

Makan secawan labu kuning dapat memenuhi kepeluan vitamin A lebih dari 100 persen, vitamin C 20 persen, vitamin E, riboflavin, kalium, tembaga dan mangan hingga 10 persen, dan lima persen untuk thamin, B6, folat, asam pantotenat, niasin, besi, magnesium dan fosfor.

Jika dengan dimasak labu kuning dapat memberikan manfaat sedemikian besar, tentu labu segar akan memberikan lebih banyak manfaat.

Berikut ini beberapa manfaat labu kuning untuk kesihatan:

  1. Rendah kalori dan tinggi serat

Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, labu kuning boleh menjadi pilihan yang tepat untuk dijadikan makanan diet.  Selain rasanya yang enak, mirip ubi jalar, labu kuning juga membantu anda menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.

Tidak hanya itu, makan labu kuning akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Hal ini kerana labu memiliki kandungan serat yang cukup tinggi yang berfungsi untuk memlambat kan proses pencernaan. Dengan merasa kenyang lebih lama, maka anda dapat terhindar dari berbagai kudapan yang membuat anda gemuk.

  1. Menajamkan penglihatan

Kandungan beta-karoten yang terdapat di dalam labu, menjadikan buah ini kaya akan vitamin A. Beta-karoten, yang akan diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, berfungsi untuk membantu retina menyerap dan memproses cahaya. Penurunan fungsi retina boleh menyebabkan buta jika tidak ditangani dengan baik.

Selain itu, labu kuning juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang boleh membantu mencegah katarak.

  1. Mencantikkan kulit

Manfaat labu kuning lainnya adalah merawat kecantikan kulit. Labu kuning kaya akan pelbagai vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang diperlukan tubuh agar tetap sihat dan muda. Lebih dari itu, buah yang satu ini juga mampu menjadikan kulit selalu anjal dan lembut.

Kandungan beta-karoten dalam labu menghasilkan antioksidan yang baik untuk menangkis radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Itu sebab itu makan makanan yang kaya akan beta-karoten dapat membuat anda lebih awet muda. Pelbagai menu boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan tiga resipi yang boleh anda cuba.

PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE 

PUMPKIN CAKE

BAHAN-BAHAN:

200gm puri labu

300gm tepung gandum

250gm gula perang

½ sudu teh esen vanila

2 sudu teh serbuk penaik

150gm marjerin

3 biji telur

150gm cip coklat

 

BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:

250gm krim putar

120gm gula perang

50gm mentega

 BAHAN UNTUK HIASAN:

Kepingan badam secukupnya

Cip coklat secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
  3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
  4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
  5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
  6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
  7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
  8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.

Cara membuat sos:

  1. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
  2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
  3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.

Info chef Untuk membuat  puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.

Saiz Hidangan: 4-6  orang

Waktu Memasak: 1 jam

Jenis Hidangan: Barat

Keistimewaan: Rasa manis butterscotch

Jenis Penyediaan: Kek

Cara Memasak: Bakar dan reneh

Anggaran harga: RM20

 

PAI LABU 

BAHAN-BAHAN KULIT PAI:

12gm tepung gandum

55gm mentega

40ml air

Secubit garam

Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
  4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
  5. Angkat dan ketepikan.

BAHAN INTI:

65gm gula

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

½ sudu teh garam

100gm puri labu

100gm susu segar

1 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera  yang sedia terjual di pasaran.

Saiz Hidangan: 6-7 orang

Waktu Memasak: 1 jam 30 minit

Jenis Hidangan: Barat

Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera

Jenis Penyediaan: Pastri

Cara Memasak: Bakar

Anggaran harga: RM15-RM20

 ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS 

BAHAN-BAHAN:

5 potong labu

1 labu bawang putih                | cincang halus

2 sudu makan jus lemon

3-4 sudu besar minyak zaitun

Sedikit serbuk Thyme

Sedikit serbuk Oregano

Sedikit Daun bay kering

Lada hitam secukupnya

Garam secukupnya

Langkah penyediaan:

  1. Susun labu di dalam Loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
  2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
  3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
  4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
  5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.

Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.

Saiz Hidangan: 3-4 orang

Waktu Memasak: 1 jam

Jenis Hidangan: Barat

Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan

Jenis Penyediaan: Pencuci mulut

Cara Memasak: Bakar

Anggaran harga: RM15-RM20

Kredit resipi: Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.

Published by
Putri