Menu Sihat & Menyelerakan Buat Mereka Yang Sedang Hamil..Boleh Suruh Encik Suami Buatkan Ni..

Share

Semasa hamil, anda makan untuk dua orang, oleh itu pastikan diet harian sepanjang hamil berkhasiat dan kaya dengan nutrisi. Pastikan setiap hari hidangan anda ambil lengkap dengan nutrien penting seperti  protein, karbohidrat, serat yang diperlukan untuk dua orang. Berikut 10 resipi yang boleh dicuba atau memberikan idea kepada anda untuk mempelbagaikan menu sepanjang kehamilan.

SUP KEPALA IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN

  • 1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
  • 1biji  bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 3cm  halia | hiris halus
  • 1 batang serai | titik
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 1/2 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit hirisan daun sup dan bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
  4. Setelah masak, masukkan jus limau nipis, serbuk lada sulah dan lada hitam.
  5. Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
  6. Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.

INFO CHEF: Jika tidak ada sambal kicap, boleh titikkan cili beberapa tangaki cili padi dan masukkan dalam sup.

SIAKAP KUKUS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN

  • 1ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 tangkai cili merah | cincang halus
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK

  1. Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
  2. Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
  3. Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
  5. Kukus semula dalam lima minit.
  6. Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
  7. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Ikan Talapia Merah juga enak dimasak dengan resipi ini.

SALMON PANGGANG BERSAYUR

BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Salmon Panggang:

  • 2 keping salmon
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan Sayuran:

  • Sedikit hirisan brokoli
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan cendawan shitake
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit garam dan serbuk lada sulah

CARA MEMASAK

  1. Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan brokoli, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang jika suka.

INFO CHEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

ASAM REBUS TENGGIRI

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
  • 2 tangkai cili merah | belah dua
  • 3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
  • 3-4 tangkai cili padi | titik
  • 3cm halia | titik
  • 3cm inci lengkuas | titik
  • 11 batang serai | titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan ikan tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
  2. Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
  3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit.
  5. Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
  6. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Ikan Tenggiri kaya dengan protein dan  dan kacang bendi kaya serat.

SUP TULANG

BAHAN-BAHAN

  • 1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
  • 4 cawan air rebusan tulang
  • 2 batang seleri | potong serong
  • 1 batang lobak merah | potong baji
  • 3cm halia | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • 2 batang serai | titik
  • 5-6 tangkai cili padi | titik
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
  2. Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
  3. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  4. Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
  5. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.

INFO CHEF: Jika tidak mahu tulang boleh gunakan daging.

KERABU KACANG BOTOL

BAHAN-BAHAN

  • 7- 8 batang kacang botol | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 batang bunga kantan  | hiris
  • 2 tangkai cili merah  | hiris
  • 3-4 tangkai cili padi | hiris
  • 1 cawan kelapa | putih sahaja
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan  bunga kantan dalam mangkuk. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
  3. Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
  4. Gaul rata dan hidangkan.
  5. Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.

INFO CHEF: Kacang botol muda mempunyai banyak kalsium, besi dan vitamin A dan kaya protein.

SALAD SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN

  • 4-6 biji tomatao ceri | belah dua
  • 1 biji cili benggala hijau  | hiris
  • Sedikit salad Butterhead | hiris
  • Sedikit salad Red Coral | hiris
  • Dua kelopak kobis unggu | hiris
  • 1 biji bawang holand | hiris bulat
  • 1 batang timun Jepun |hiris
  • 2 sudu makan keju parmesan

Bahan Dressing:

  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Semua bahan hirisan di masukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Sementara itu di dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan dressing.
  3. Kacau rata, dan tuangkan di dalam mangkuk berisi isian salad.
  4. Gaul rata, setelah secukup rasa.
  5. Taburkan keju parmesan di atas salad sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan simpan asingkan sos dengan isian salad dan simpan dalam peti sejuk.

YI MI WANTAN KICAP

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket yi mi
  • 250gm isi ayam | potong kecil
  • 2 pokok sawi |potong dan celur
  • 2cm halia muda | hiris nipis
  • 10 biji wantan segera  | goreng

Bahan Kicap Untuk Mi:

  • 4 sudu makan  kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1 cawan stok ayam

Bahan Perapan Ayam:

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup. Masukkan  bawang besar, garam dan lada sulah.
  3. Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
  4. Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
  5. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
  6. Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
  7. Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.

INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.

CAPATI KUAH DAL

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung Atta
  • 1 cawan air suam
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan  minyak zaitun

Bahan Kuah Dhal:

  • 200gm kacang Dhal | rebus hingga empuk
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 2 biji kentang | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 4 tangkai cili kering | potonng kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya.

CARA MEMASAK

  1. Masukkan tepung Atta dalam mangkuk. Bulatkan ditengah tepung.
  2. Kemudian tuangkan air suam yang dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit,
  3. Gaul rata sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tambah minyak zaitun dan terus uli.
  5. Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian.
  6. Bulatkan dan letak dalam bekas. Kemudian tutup dengan tuala lembap, rehatkan 30 minit.
  7. Untuk mencanai, tabur tepung atas meja.
  8. Ambil 1 biji doh, leperkan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, Canai hingga semua doh habis. Panaskan kuali tidak lekat.   Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak.
  9. Untuk menyediakan kuah Dhal. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
  10. Seterusnya masukkan serbuk kunyit dan cili kering. Goreng seketika.
  11. Seterusnya masukkan kacang dhal yang telah direbus dan kentang, kacau rata.
  12. Tambahkan air susu cair, biarkan kuah dhal mendidih lebih kurang 10 minit.
  13. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  14. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama capati.

INFO CHEF: Tutup capati yang telah masak dengan tuala bersih untuk mengelakkan capati cepat sejuk dan mengeras.

LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN

  • 1kg ikan tenggiri
  • 250 gram isi udang
  • Isi ikan kurau masin
  • 4 sudu makan udang kering | rendam hingga lembut
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2cm lengkuas | titik
  • 4 – 5 keping asam gelugor
  • 12 ulas bawang merah | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan kari ikan
  • 2 sudu makan ketumbar serbuk
  • 1 sudu makan jintan manis serbuk
  • 2 liter susu rendah lemak
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
  • Sedikit daun selasih
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Ulam-Ulaman:

  • Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan
  • Kacang panjang | dihiris halus
  • Daun kesom | hiris halus
  • Daun selasih | hiris halus
  • Timun, ambil bahagian luar sahaja |  hiris halus
  • Bawang besar | hiris halus

Bahan-Bahan Lain:

  • Sambal belacan
  • Spageti | rebus dan tos
  • 8-10 biji Limau kasturi | dibelah dua

CARA MEMASAK:

  1. Untuk kuah, satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk dan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes rempah dan ketepikan.
  2. Sementara itu panaskan air hingga mendidih, kemudian celur udang. Kemudan asingkan kulitnya, kisar halus.
  3. Isi ikan tenggiri yang dikukus juga dikisar halus. Begitu juga dengann udang kering dan ikan masin kurau. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak. Kacau rata dan biar mendidih.
  5. Tuangkan susu rendah lemak dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
  6. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar, udang kering dan  isi ikan masin kurau kisar.
  7. Seterusnya, masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
  8. Kacau dan masak dengan api perlahan lebih kurang satu jam
  9. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya sebelum diangkat.
  10. Untuk menghidangkannya, masukkan spageti dalam mangkuk. Kemudian tuang kuah laksa secukupnya.
  11. Kemudian hias dengan bahan-bahan ulaman dan hidangkan bersama sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan tenggiri, anda boleh juga gunakan ikan parang.

Published by
Amanina