Hidangan mi berkuah yang ringkas tapi menjadi hidangan lengkap dengan pelbagai bahan. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk menambah bahan-bahan lain seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya.
MI HAILAM ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mee kuning (Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan)
- 500gm isi ayam atau daging
- 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar serbuk lada putih
- Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
- Air rebusan tulang ayam atau daging (Jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee)
- 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk tumis
BAHAN KISAR:
- 2 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ini untuk seal daging supaya nanti daging tidak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
- Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Sudah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
- Hidangkan bersama mee yang dicelur.
Info: Jika tiada air rebusan daging atau ayam. Boleh gantikan dengan kiub pati ayam atau daging.
Kredit:Eny Yusnizar Abdullah