Telur selalu jadi lauk penyelamat kalau takda lauk atau kalau nak cepat. Apa yang lebih penting, telur sangat sedap dimasak apa saja menu dan sangat mudah disediakan. Sebab tulah menu telur ini menjadi kesukaan kanak-kanak dan orang bujang. Telur juga wajib ada dalam setiap dapur. Kalau hari teringin masak masak telur, nini dua menu telur paling sempoi dan sedap ye….


Menu Telur Yang Sempoi & Sedap, Korang Boleh Cuba.

TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 10 biji telur
  • 2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
  • 20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • Sedikit air
  • Sedikit garam dan gula jika perlu
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
4. Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
5. Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
6. Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
7. Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
8. Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.


Menu Telur Yang Sempoi & Sedap, Korang Boleh Cuba.
.

KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 10 biji telur |rebus dan buang kulit
  • 700ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang | belah empat
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS :

Ads
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI