Menu Terengganu Di Celup Tepung Memang Padu

Share

Buat yang merindui menu dari Terengganu, boleh cuba di Celup Tepung yang terletak di Setia Alam. Antara menu popular di kedai ini ialah Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu,Laksam serta Celup Tepung (Ikan, Udang dan Sotong). Team Makan Di Mana telah mencubanya dan ternyata sedap dan padu rasa.

Menurut pemiliknya, Rosdi Abd Rahman dan Anis Taib kini bisnes makanan yang diusahakan mencecah dua tahun. “Selama dua tahun ini banyak perit gentir yang dilalui terutamanya tempoh PKP menyebabkan perniagaan kedai makan agak memberi kesan dan masalah untuk mendapatkan pekerja agak susah. Namun itu bukanlah halangan buat kami untuk teruskan bisnes ini kerana mendapat permintaan yang baik dari pelanggan.”

Istimewanya menu di sini adalah olahan resipi warisan keluarga memandangkan suami Anis berasal dari Terengganu. Anis dapat belajar membuat kuah Gulai Nasi Dagang dari kakak Ipar dan resipi asli Terengganu. Selain itu juga adunan tepung untuk Celup Tepung adalah resipi asal Terengganu, bila makan rasa krup krup yang rangup serta air cuka / sos pencicah juga resipi asli dari Terengganu.

Kami decide untuk buka kedai makan di Setia Alam, memandangkan kedai masakan Terengganu belum ada lagi. Saya memang suka menu Celup Tepung dan goreng pisang setiap kali ada majlis dengan komuniti kejiranan, kami akan buat menu goreng pisang panas-panas depan rumah.

Itulah tercetusnya idea untuk buka kedai makan Celup Tepung. Di Terengganu juga sangat popular dengan menu Celup Tepung hampir semua pantai-pantai di Terengganu menyajikan menu ini. Bila ingat Celup Tepung mesti akan ingat Terengganu.

Tambahan pula suami memang berpengalaman dalam bidang F&B selama 20 tahun pengalaman menjaga ramai VIP dan pembesar dalam dan luar negara, lebih mendorong untuk memiliki kedai makan sendiri,”

 

Menu Best Seller

Nasi Minyak dan Laksam sering menjadi permintaan pelanggan yang datang ke sini. Begitu juga dengan minuman Teh Tarik Buih.

Jika datang ke sini boleh juga mencuba Nasi Ikan Singgang. Nasi Putih,Ikan Singgang adalah Ikan Kembung dipotong separuh.Dihidang bersama seekor ikan Selar Kuning digoreng garing. Dilengkapkan pula dengan sambal, budu dan ulam. Rasa masam, masin yang seimbang,sesuai orang berpantang, berdiet dan yang kurang sihat. Campuran kuahnya daripada asam keping, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, sedikit tomato dan serai serta perasa.

Bagi yang nak cuba Laksam, kuah dibuat daripada hirisan ikan Selayang / sardin yang telah direbus dan diambil isinya. Kemudian isi ikan tersebut dikisar dan dicampur dengan santan, bawang merah, lada hitam dan perasa.

Dihidang bersama laksam yang telah dikukus, ulam (kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum), sambal dan limau kasturi.

Rasanye lebih lemak, pedas dan masam sangat sedap untuk minum petang atau untuk sarapan.

Untuk menu Celup Tepung Ikan, Udang dan Sotong memang puas makan.

Ikan ikan kembung bersaiz besar lebih kurang 200g digunakan. Begitu juga udang bersaiz besar AA digoreng rangup bersama tepung (adunan sendiri). Sotong juga dipilih bersaiz besar.

Semua celup tepung tadi dihidang bersama air cuka / sos pencicah buatan sendiri juga. Rasa sos ini ada masam, manis dan masin.

Buat yang ingin mencuba menu istimewa ini, bolehlah berkunjung ke kedai ini nanti.

Lokasi perniagaan

Terletak di No 32 GF Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Landmark : Seria 88 / sebelum Damansara Dialisis

Waktu perniagaan

8.00 pagi – 7.00 petang

Setiap hari Jumaat – Rabu

Cuti setiap Khamis

 

Published by
Putri