Tom Yam adalah di antara masakan yang paling mudah dibuat. Bak kata orang campak campak jadi aje.Janji bahan ramuan kenalah segar.
Ni resipi tom yam ayam dari Nurhayati Abd Malek. Ramuannya memasukkan santan, jadi tom yam ni memang sedap dihirup. Rasa masam dan berlemak sedap. Ada pulak sayur lagi berkhasiat jadinya.
1. Mula-mula masukkan ayam dan air dalam periuk, agak-agak paras tenggelam ayam.
.
2. Kemudian masukkan serai,halia dan lengkuas tadi. Biarkan mendidih sekejap. Kalau tiada lengkus boleh halia aje. 3. Dah didih tu bolehlah masukkan pes tomyam. 4. Gaul dan masuk cili. Nak pedas masukkan lebih. Sebab bila dah letak santan nanti pedas dia akan kurang.
.
IKLAN
5. Masukkan daun limau purut. 6. Masukkan pula sayur sayuran.
.
7. Masukkan bawang Holland.
.
8. Dah didih tu masukkan santan. Guna santan kotak pun boleh, kacau sekejap.
.
IKLAN
9. Kemudian masukkan asam gelugor dituruti cili padi . Masukkan garam dan gula secukup rasa.
.
10.Biasa tak perlu banyak sangat pun sebab dalam pes sendiri dah ada gula dan garam. 11.Siappp! Senang sangat kan masak tomyam ni. Rasa pun sungguh sedap
Kek keju sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Pun begitu kalau tak kena cara buatnya, kek jadi keras dan pastilah tak sedap. Untuk anda yang tercari-cara resipi Japanese Cotton Cheese Cake, ini satu lagi cara yang boleh anda cuba. Resipi yang dikongsi oleh Azizi Rais di laman FB, telah dikongsi hampir 3000 peminat kek dan wanita yang suka baking. Kek ini diberitahu sangat moist, spongy dan boleh menari gedik kalau digoyangkan.Wah bungyinya memang sungguh mengujakan. Inilah kejadian kek yang jadi idaman setiap penggemar kek atau baker dan homebaker. Jom kita cuba jom.
JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
6 bj telur ( asingkan kuning dan putih )
60 gm self raising flour
20 gm corn flour
100 gm icing sugar
100 ml fresh milk
50 gm butter
250 gm cream cheese
CARA MEMBUAT:
Satukan cream cheese, butter, fresh milk.. cairkan menggunakan api yang sangat perlahan. ( sy gunakan microwave ja…1 minit…setel ! )
Kacau sebati sehingga cream cheese tadi cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul.
Masukkan kuning telur.. dan kacau sebati.. ( pakai sendok ja..) dan masukkan tepung2 ..dan gaul sebati lagi. ( jgn overbeat ).
Pukul putih telur separuh kembang…selepas itu masukkan icing sugar dalam putih telur tadi sambil pukul sampai kental .
4. Masukkan 1/3 daripada putih telur tadi dalam adunan. Kacau sebati ( guna sendok dan kacau 1 arah saja ) kalau buat 2 adunan.. gunakan mangkuk besar.. Gunakan tangan untuk gaul. Kemudian. masukkan lebihan putih telur dalam adunan. Kacau sampai semua sebati ( kaup balikkan )
5. Tuang adunan dlm loyang yang dilapik dengan parchment paper @ kertas minyak. ( jgn gris loyang tersebut ! )
6. Letakkan dalam tray.. dan tuangkan air panas ke dalam tray tu ( water bath )
7. Bakar suhu 160’c selama +- 45 ke 1 jam.. atau bahagian atasnya sudah golden brown. Boleh juga diuji dengan cucuk lidi..
TIP DRP ARIS AZIZ:
Biarkan pintu oven terbuka sikit slps masak… slps 30 mnt..br kluarkan ( xnak kek tu terkena strok perubahan suhu ) .
Bila dah betul2 sejuk .. br kluarkan dr loyang ..cuba goyangkan.. kek tu akan kelihatan bergegar ..
Lebih mudah dipotong jika sudah disejukkan semalaman… ataupun dipotong menggunakan pisau yg direndam dgn air panas..
Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar. * Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang. * Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.
Selain dimasak sambal, kari dan sebagainya, sotong ni juga memang sedap jika dimasak rendang. Masa masak pun cepat dan tak ambil masa yang lama sebab sotong mudah masak. Ni kalau makan dengan nasi impit atau nasi, layan sungguh! Bagi anda yang teringin nak makan rendang, menu ni paling sempoi dan tentunya kena dengan selera. Selamat mencuba!
RESIPI RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ] potong membulat
2 batang serai ]kisar
15 biji cili padi ]kisar
3 ulas bawang merah ]kisar
1 ulas bawang putih ]kisar
2.5cm lengkuas ]kisar
2.5cm kunyit hidup ]kisar
2 sudu kerisik ]kisar
3 helai daun limau purut ]hiris kasar
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis. Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.