Kuih kacau labu dan kacang pool ni memang cukup popular di kalangan bangsa Johor. Jika kacau labu berasaskan sayuran labu kacang pool pula gandingan daging dan kacang.
Masaknya mudah sangat, yang penting boleh menjadi sarapan yang mengenyangkan. Warga kota dan negeri lain pun bolehlah cuba nanti.
1. KUIH KACAU LABU
Bahan-bahan:
CARA MEMASAK :
1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa atau buah ceri..
Resipi : Restoran D’Cengkih
2. KACANG POOL
BAHAN-BAHAN :
Hiasan:
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3. Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4. Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7. Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8. Boleh dinikmati bersama roti putih.