Menu Tradisional Asia Untuk Bufet Ramadan Di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur

Share

Bertemakan “Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner” Sime Darby Convention Centre (SDCC) tidak ketinggalan mengadakan preview Ramadan.

Promosi bufet Ramadan bermula dari 24 April hingga 21 May 2020. Sepanjang bulan mulia ini, SDCC menyediakan pelbagai menu tradisional Asia yang autentik.

Antara yang menarik sebagai pembuka selera ialah Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai dan Bubur Lambuk Berherba. Asam Pedas Ekor juga wajib anda cuba nanti.

Selain ini akan dimeriahkan lagi dengan 20 stesyen makanan dengan masakan secara live antaranya Sup Berempah, Masakan Kawah, Ikan bakar, Otak-otak, Teppanyaki, Hot Plate dan pelbagai jenis cucur.

Semua hidangan disediakan oleh chef pilihan menggunakan bahan-bahan istimewa  bagi memastikan rasa keaslian pada setiap menu.

Tidak dilupakan hidangan pemanis mulut antaranya Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka Bubur Kacang Hijau Durian, Roti Jala Pandan, ABC cendol, Puding Roti , pelbagai kekdan tat.

Tambahan menu signature dihidangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu iaitu Lebanese Venison Stew, Lemon Saffron Rice, Vietnamese Chicken Roll, Nasi Kambing Bukhara dan pemanis mulut Boloi Thai.

Raikan bersama teman-teman dan mereka yang tersayang di sini. Harga RM99++ seorang, bufet  Ramadan setiap hari bermula dari 7.00 pm hingga 10:30 pm dari  24 April hingga 21 Mei 2020.

Kanak-kanak berumur  6 hingga 12 tahun dan warga emas berusia  60 tahun ke atas dikenakan bayaran RM69 seorang. Baucar early bird dijual pada harga RM79 seorang sepanjang bulan Mac dan RM89 seorang dari 1 April hingga 23 April 2020.

 

Seperti tahun sebelumnya , promosi China Treasures Ramadhan Dinner Indulgence boleh anda nikmati. Buat tempahan awal supaya anda tidak ketinggalan dengan promosi bufet hebat di sini. Untuk tempahan boleh hubungi Restoran Halia. SDCC.

 

Published by
Putri