
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran waktu ‘lockdown’ ni. Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan lauk pauk hari raya. Muak pula rasanya. Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur. Paduan rasa masam,manis dan pedas cili api sungguh membuka selera. Pasti bertambah anda makan nanti.
Udang Masak Lemak Cili Padi & Nenas
Bahan-bahan:
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Santan
Sedikit nenas
Cara memasak:
1.Tumbuk cili, bawang merah n putih..
2.Serai dititik saje.
3.Tumis bahan tumbuk sampai pecah minyak.
4.Masuk serai,santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
Oleh: Norazizah Hasbolah
Rahsia Sotong Celup Tepung Rangup, Tak Meletop, Berminyak & Lerai Digoreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Nasi Special Guna Nasi Impit Segera. Mudah, Sedap & Jimat.

Sesekali makan Bubur Nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah dan mengenyangkan. Jika dinikmati begitu sahaja pun sudah cukup menaikan selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan ini. Istimewanya menu ini sebab ia menggunakan beras nasi impit segera. Jadi bubur anda memang bau wangi dan lebih sedap.
BAHAN A:
• 3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan
• 1.5 liter air- kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air.
• 3 keping dada ayam- dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh)
• 2 ketul kiub pati ayam- dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu
• 1 inci halia – dimayang halus (*)
• 3 ulas bawang putih- tumbuk halus (*)
• 2 paket sup bunjut (*)
• 1 batang kecil kulit kayu manis (*)
• 1 kuntum bunga lawang (*)
• 1 helai daun pandan- disimpul (*)
• Garam secukup rasa
• 1/2 sudu teh gula
• Sedikit minyak masak
BAHAN B (untuk taburan masa hidang):
• Daun bawang – hiris
• Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan
• Cili merah – hiris
• Lada sulah- renjiskan semasa hidang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau selama 1 minit.
3. Seterusnya masukkan air, kiub pati ayam dan beras. Masak guna api sederhana sehingga beras menjadi bubur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan perisanya cukup.
5. Padamkan api dan tabur bahan-bahan B sebelum dinikmati.

.
Kredit resipi & foto: Sulizawati Linn Hassan
Resipi Chicken Mango, Masam, Manis & Pedas Bersatu. Memang ‘Kick’

Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.
Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango

Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.

Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Cara membuat
- Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!
Sumber: Nora Syikin Azmi
Cara Buat Pes Kari, Rendang & Sambal Tumis. Jimat Masa Taklah Kalut Nanti.

Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
Kalau tetamu datang secara mengejut, pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan utama seperti ayam dan daging atau pun ikan.

1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji bawang besar *
- 10 biji bawang kecil*
- 6 ulas bawang putih*
- 5 inci halia*
- 6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
- 5 sekawan rempah
- 1 sudu halba
CARA MEMASAK :
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup(optional)
- 6 batang serai
- 2 genggam cili kering( rebus dulu )
- 2 kotak santan kecil
- Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK :
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji besar besar
- 2 biji bawang besar (hiris bulat)
- 5 ulas bawang putih
- 4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
- Asam jawa
- Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Resepi asal :Puan Asrimah Bakri
Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

