Menu Udang Sungguh Sedap & Paling Senang Masak, 10 Minit Je Siap !

Share

Udang antara menu seafood yang disukai ramai, ia bukan hanya sedap tetapi  udang juga lauk yang tak perlu ambil masa untuk memasaknya.  Tak percaya, anda cuba menu  Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar yang RASA kongsikan ini, Siap tunjuk cara DIY masak sekali….

UDANG GORENG PEDAS  DAUN KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz XL | buang kulit
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 6 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji cili merah | cincang
  • 1 sudu makan  chili flakes
  • 1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
  • Sedikit daun bawang | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:  Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.

LANGKAH 2:  Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.

LANGKAH 4 : Perasakan dengan garam, gula danserbuk pati ayam secukup rasa.

LANGKAH 6: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.

 

Published by
Norasida Myasin