Menu Unik! Durian Goreng Cheese Jadi Viral Di Batang Kali.

Share

Hanya di Batang Kali, gerai ini menjual makanan bergoreng seperti pisang goren cheese dan cempedak goreng. Kali ini Nur Emyza mempertaruhkan Durian Goreng Cheese sebagai menu utama jualannya setiap tahun ketika musim raja buah itu.

Menurut Nur Emyza Samsudin, 25, berkata menu jualannya itu mempunyai keenakannya tersendiri.

Nur Emyza berkata, kebiasaan gerainya di kawasan lot kedai pemaju JRD Development, Batang Kali hanya menjual pisang dan cempedak goreng berkeju namun menu baharu itu berjaya menarik pelanggan yang gemarkan durian.

Menurutnya, Durian Goreng Cheese yang di jual pada musim durian sahaja sejak 2016 dengan harga RM8 untuk lima ulas menggunakan durian kampung dan dibuka dari 4.30 petang hingga 7 malam setiap hari.

Setiap ulas durian akan digoreng terlebih dahulu sebelum di salur keju bagi menarik kan bau dan rasa durian agar lebih enak.

Idea ini sebenarnya untuk menarik pelanggan kerana memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif.

Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, katanya.

Nur Emyza berkata, dia juga penggemar durian dan tidak akan ketinggalan menikmati buah tersebut yang kini boleh diperoleh dengan mudah. Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran, mereka boleh dihubungi di 018 954 4757 atau semak di Facebook: Pisang Cheese Batang Kali.

Sumber: Sinar Harian

RESIPI DURIAN GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Isi durian secukupnya – tak perlu buang biji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung @ beras
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 2 cawan air – kurang lebih
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin < hasue tambah

CARA MEMASAK:

  1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, marjerin dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
  2. Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
  3. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

*Hiaskan dengan hirisan cheese dan coklat rice jika suka.

Kredit: Hana@hanamemories@blogspot.com/HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 

Published by
Mastura Abu Kassim