Sambal kalau tak ada kat rumah memang tak sah. Benda wajib ada kata orang, kalau ada sambal memang laku nasi. Lagi-lagi hari asyik mendung saja sekarang ni. Kenyang perut suka hati kata orang.
Resipi Sambal Tomato ni sedap, selera dengan selera. Ada telur dadar bawang lebih, lepas tu buat kan sup kentang. Fuhh, memang terbaik!
Jom kita cuba resipi sambal tomato laku keras yang dikongsi Umi Watie ini.
1. Segala bebawang tadi dengan ikan bilis, tumbuk kasi lumat. Kalau tak nak tumbuk guna lesung, boleh je guna chopper. Boleh je mana mana pun. Tomato tu dihiris sedap rasa. 2. Tumiskan semua bahan yang telah kita cincang tadi. Tumiskan sampai semua bahan layu.
3. Masukkan air dalam ½ cawan. Biarkan mereneh sekejap. 4. Masukkan tomato, dah kata masak sambal tomato kan. Kenalah ada tomato. Masak lagi sampai tomato tu sedikit hancur.
5. Masukkan capsicum yang dipotong. Bahan ini optional, atas pilihan masing-masing. Tak nak masukkan pun boleh. Saya nak sambal ni nampak cantik. 6. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. Dia kena seimbang rasa masam, masin dan manis tu. Matikan api. Dah siap sambal tomato kita.
Selain guna cili kering, selalunya kita masak nasi goreng guna cili padi. Rasanya pedas dan sangatlah sedap bila ditambah dengan ikan bilis. Kan? Tapi, nasi goreng menggunakan cili kering pun sedap tau.
Nasi goreng adalah hidangan yang selalu menjadi pilihan ketika sarapan. Malah ada juga yang lebih suka makan nasi goreng ketika makan malam. Ini kerana nasi goreng tidak perlu ada lauk. Cukup sekadar apa yang ada di dalam nasi itu sahaja. Nah, RASA tampilkan nasi goreng cili kering daripada My Kitchen Diary. Memang sedap.
Nasi dimasak menggunakan cili kering. Rasanya berbeza jika kita masak guna cili padi. Tak percaya? Cubalah.
NASI GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
7 ekor udang
2 ekor sotong (potong bulat)
1 biji telur ayam
1 mangkuk nasi
Garam secukup rasa
Kacang panjang (hiris bulat)
CARA MEMBUAT
1. Cili kering dipotong dan direndam sekejap dalam air panas.
2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis.
3. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga masak.
4. Masukkan udang dan sotong. Biarkan masak.
5. Pecahkan telur ayam. Biarkan mengeras sekejap baru kacau.
6. Masukkan nasi dan garam.
7. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Kacau rata dan boleh dihidangkan.
Kadang-kadang nak juga bertukar selera bila dah muak mengadap menu yang sama nasi dan lauk pauk. Boleh saja kita pesan dari grab atau foodpanda tetapi harganya jauh lebih mahal. Nak jimat bolehlah cuba buat resipi ini. Rasanya sama sedap macam yang dijual . Ikut langkah membuat pasti menjadi. Resipi ini lengkap dengan cara membuat kentang putar, coleslaw dan sosnya. Jadi memang berbaloi cuba.
CHICKEN CHOP Bahan-bahan: 1 ekor ayam – potong 4 Tepung bestari Minyak untuk menggoreng
Untuk Sos Blackpepper: 1 biji bawang Holland – potong dadu 3 ulas bawang putih – dicincang halus 1 kiub pati ayam 2 sudu besar tepung gandum -bancuh dengan sedikit air dulu 4 -5 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar butter 1 sudu besar serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan air – kalau nak kuah banyak tambah air Garam dan sedikit gula
Untuk Coleslow: 1/2 biji kubis -hiris halus 2 biji karot – disagat 4 sudu besar mayonis – agak-agak ikut banyak mana kita punya sayur Sedikit lada sulah, garam dan gula
Cara memasak: 1.Ayam dibuang tulang, basuh dan toskan airnya. 2.Gaulkan ayam dengan tepung dan sedikit air. 3.Panaskan minyak, masa nak goreng celupkan lagi ayam ke dalam tepung bestari. 4.Goreng dengan api sederhana. 5.Untuk sos pula panaskan butter. 6.Tumiskan bawang hingga layu. 7.Masukkan air. 8.Masukkn kicap, sos tiram, sos cili kalau nak hitam letakkan kicap lebih. 9.Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung gandum ( kalau nak kuah pekat boleh tambahkan tepung gandum lagi) 10.Perasakan dengan garam dan gula. 11.Kacau dan masak hingga pekat. 12.Tapiskan dan bawang yang kita tapis nanti kisarkan semula dan masukkan ke dalam kuah sos tadi.
Coleslow 1.Untuk coleslow pulak campurkan semua bahan-bahan tadi dan gaul rata. 2.Boleh letakkan sedikit susu segar jika suka. 3.Dah siap simpan dalam peti sejuk.
Kentang putar 1.Untuk kentang putar pula rebuskan kentang sampai empuk. 2.Lenyekkan dan campurkan dengan bahan-bahan lain. 3.Perasakan dengan garam. ** ayam kalau nak goreng dengan bread crumb pun boleh, salutkan ayam dengan tepung bestari, celupkan dalam telur dan salut dengan bread crumb. Kredit: Hidayati Hana
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal belacan yang gerenti tidak akan mengecewakan. Rasanya cukup lengkap masam tomato dan pedas cili.
Sambal belacan ini sedap dimakan dengan nasi berlaukkan kuah lemak dan ayam goreng atau ikan goreng. Cubalah!
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Segenggam cili padi hijau
5 biji cili besar merah
Segenggam cili padi merah
2 inci belacan kampung
1 biji tomato
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili padi hijau, lada merah, cili padi merah dan belacan. Tujuan digoreng adalah supaya sambal belacan tidak maung dan tidaklah mudah sakit perut. Goreng sehingga layu.
2. Kemudian masukkan tomato sehingga tomato layu.
3. Selepas itu, angkat semua bahan yang digoreng tadi.
4. Masukkan dalam mesin pengisar. Tambahkan gula, garam dan air asam jawa. Kemudian kisar tapi tidak terlalu halus.
5. Siap untuk dihidang.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira