Mudahnya Nak Masak Tofu Telur Quaker Oat, Kenyang & Menyihatkan

Share

Untuk lauk makan tengahari, kalau tak tahu nak masak apa, jom kita cuba resipi yang simple ini.

Kalau suka bolehlah cuba resipi tofu telur quaker oat ini yang dikongsi Jamilah Nordin. Bahan-bahan yang digunakan pun senang didapati dan cara buat pun mudah.

 

TOFU TELUR QUAKER OAT/NESTUM

BAHAN-BAHAN:

3 tiub tofu telur
Tepung jagung/ubi secukupnya – beli online di sini
6 biji cili padi thai | dihiris – beli online di sini


5 ulas bawang putih | dicincang (boleh kurang @ lebih) – beli online di sini
3 tangkai daun kari (boleh kurang @ lebih)
Quaker oat secukupnya (saya letak 8 sudu besar)
*Kalau nak tukarkan kepada nestum pun boleh ye
Minyak untuk menumis
Garam, gula & perisa

TONTON Dapur Rasa Live | Mangolian Beef 

TONTON Dapur Rasa Live | Kue Teow Goreng 

CARA-CARA:

1. Potong tofu telur. Terpulang masing-masing nak potong berapa pun boleh. Saya potong 6 saja.
2. Panaskan minyak dan celup tofu telur ke dalam tepung dan goreng hingga perang dan angkat.


3. Lebihan minyak diangkat dan tinggalkan sedikit untuk menumis.


4. Tumiskan bawang putih cincang, cili padi yang dihiris dan daun kari. Tumis hingga bawang putih nampak keperangan. Awas, jangan sampai hangit ye.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Masukkan quaker oat secukupnya. Kalau suka banyak serdak, boleh letak banyak. Jangan lupa masukkan garam, gula dan perisa secukupnya.
6. Goreng hingga quaker oat keperangan. Padamkan api. Akhir sekali bolehlah dituangkan ke atas tofu telur yang dah digoreng tadi atau boleh juga dimasukkan tofu telur yang dah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata.

Kredit resipi: Jamilah Nordin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff