Pelbagai kuih muih boleh disediakan menerusi kulit popia. Antaranya popia basah, popia goreng, dan salah satunya adalah popia ketam salju ataupun crab roll.
Menerusi perkongsian resipi popia ketam salju daripada Masliana Ibrahim, menurutnya resipi ini diperoleh lebih 20 tahun lalu ketika menuntut di Nebraska. Seorang sahabat daripada Vietnam berkongsi resipi ini yang dipanggil crab roll.
Ketika itu, dia tinggal jauh daripada keluarga. Ketika kawan seAsia berkongsi makanan ringan begini, ianya benar-benar mengubat kerinduan di hati pada keluarga. Masa itu, dia gembira sangat kerana crab roll sahabatnya itu sedap.
Jadi, apabila telah kembali ke Malaysia, dia mengubah nama resipi ini kepada Popia Ketam Salju sinonim dengan ambien di Malaysia. Jom buat, bahan-bahannya pun mudah sahaja.
Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainalpasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja.
RESIPI KUIH SAGU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Sagu
Gula secukupnya – kemanisan ikut cita rasa masing-masing
Sirap secukupnya – untuk warna
Kelapa parut – untuk menyalut sagu
(Kuantiti ikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama sejam. Dah kembang, toskan sekejap.
2. Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang disukai) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak. Kalau nak warna terang,letak lebih Gaul rata.
3. Dah siap gaul, sagu akan jadi macam ni. Tak perlu tambah air.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca atau berkilat.
5. Bila dah siap, tutup api dan sejukkan.
6. Potong sagu mengikut saiz yang dikehendaki.
7. Gaul dengan kelapa Jika guna kelapa parut tua, kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda, tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.
Karipap pusing mempunyai kulit yang bentuknya berpusar. Teksturnya juga rapuh dan jadikan cita rasanya lebih mewah. Pun begitu, cara membuatnya berbeza dengan kulit karipap biasa.
Apa kata kita cuba buat kulit karipap pusing pula? Mesti seronok dan memberikan kelainan dalam pembikinan karipap kita.
RASA berikan resipinya yang gerenti jadi.
KULIT KARIPAP PUSING
BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A
1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.
2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.
4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.
3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN
1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.
2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.
3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.
4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.
Kulit akan jadi bentuk berpusar seperti ini.Sedap nampaknya.
Sumber: Hidayati Hana
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
Rupanya tidak susah untuk hasilkan intikacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Haliza Zainol ni boleh dicuba.
CARA MASAK INTI KACANG MERAH SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang merah
Daun pandan secukupnya
1/2 cawan gula merah
Gula pasir ikut kesesuaian rasa
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2-3 sudu makan tepung gandum
Air untuk merebus kacang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rendam kacang merah semalaman. Kemudian toskan air dan cuci bersih.
2. Rebus kacang bersama daun pandan sehingga empuk.
3. Masukkan kacang ke dalam blender. Tambah air rebusan dan kisar halus.
4. Masukkan kacang kisar ke dalam kuali. Tambahkan juga daun pandan, gula merah, gula putih dan garam. Jumlah gula putih ikut tahap kemanisan yang disukai.
5. Kacau pes kacang menggunakan api sederhana hingga hampir kering.
6. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
7. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga kering. Tujuan guna minyak masak adalah untuk menjadikan inti kacang jadi berkilat. Inti yang dimasak hingga kering juga boleh tahan lebih lama.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.