Anda penggemar steak yang halal dan sedap dengan harga berpatutan. kunjungan ke Restoran The 3 Duke’s pasti tidak menghampakan. Mereka yang sukakan makanan barat boleh singgah ke restoran ini merasa keistimewaan makanan di sini.Restoran The 3 Duke’s beroperasi di A2-G1-5 PUBLIKA , 1, Jalan Dutamas , Solaris Dutamas , Kuala Lumpur dan diselenggara oleh tiga orang anak muda berwawasan tinggi, Firdaus.H.Rashid, Amir Gani dan Irfan Azriman.

Restoran ini memulakan operasi sejak bulan tiga tahun ini di mana ketika itu pandemik Covid-19 melanda negara malah dunia. Namun mereka terus bersemangat dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang.
“Sejujurnya memang pandemik ini memberi kesan, yang pasti bukan kami saja yang terkesan hampir semua kedai makan terkesan dan terjejas jualannya sepanjang PKP. Ketika PKP kami fokus sepenuhnya dengan jualan atas talian,”cerita Amir.

Keunikan makanan
Restoran ini mengetengahkan hidangan western fusion, steak, pasta, burger dan stik yang dimakan bersama sos di mana bahan utamanya buah-buahan menjadi satu kelainan.

“Kami banyak bermain dengan sos yang menggunakan buah-buahan. Satu lagi hidangan yang menggunakan elemen buah-buahan ialah Tropica Lamb Ribs di mana lamb ribs dihidang bersama buah mangga segar dan juga sos yogurt mango homemade.

IKLAN

Keistimewaan di sini adalah bahan perapan, sos semuanya dibuat secara homemade. Perapan daging, resipi dengan herba yang dicampur satu persatu.
Antara signature makanan yang wajib anda cuba ialah Burger Beef Ribs yang dagingnya dimasak selama lapan jam. Black Forest Rib Eye Steak ialah stik yang dimakan bersama sos blueberi yang diolah sendiri.

Buat yang datang bersama keluarga ada hidangan untuk sekeluarga iaitu tomahawk dan juga op ribs, sesuai untuk empat orang makan dan dihidang live istimewa di depan pengunjung.

Sambutan menggalakkan
Alhamdulillah restoran ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pelanggan, ramai yang meminati stik dan sos yang lain daripada kebanyakan restoran makanan barat yang lain. Kebanyakan yang datang adalah peminat stik dan juga pasta.

Buat masa sepanjang PKPB ini , restoran beroperasi bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Sejak PKPB banyak perniagaan terjejas dan penurunan dan segi jualan. “Tidak dinafikan situasi Covid-19, impak yang sangat drastik dapat kami lihat dari bilangan pelanggan yang hadir setiap hari semakin berkurang dari sejak hari pertama PKPB dilaksanakan. Dalam 40% percent sahaja dari kebiasaan, ini disebabkan saranan yang telah ditetapkan, jadi kebanyakan dari pelanggan kami lebih gemar membungkus sahaja makanan dan menikmatinya di rumah.

Namun kami tidak pernah berputus asa dan gunakan platform secara agresif untuk market menu-menu kami di platform online yang ada.Kami menyediakan menu khas sepanjang PKPB ini yang mana pakej-pakej ini sesuai untuk dua hingga empat orang makan. Kami juga melancarkan beberapa iklan di instagram dan mempromosikannya.

Menu kami masih lagi mengekalkan konsep stik tetapi boleh dinikmati dengan kuantiti lebih banyak dan sesuai bersama keluarga. Kami perlu peka dengan isu semasa dan dalam pada masa yang sama kami juga meletakkan diri kami sebagai pelanggan, apa yang boleh kami hadkan akan kami hadkan.


Di waktu PKPB waktu kemuncak jam 2 hingga 5 petang. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu dalam proses untuk cover cost operasi.
Kami berharap dan mendoakan semuanya kembali seperti sedia kala dan ekonomi negara dapat di jana semula seperti biasa,” cerita Amir menutup bicara.

INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.

Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

10 Teknik Panggang Daging Stik Terbaik, Masak Berjus.

Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Yang Sedap Untuk Sajian Chicken Chop & Stik.

.