
Dataran Merdeka sekali lagi menjadi saksi kemeriahan dan keindahan Ramadan apabila lebih 15,000 rakyat Malaysia berhimpun dalam suasana penuh kasih sayang, hormat, dan syukur menerusi kempen RASA Bubur Lambuk Rewang Wira 2025, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif besar-besaran Iftar @KL 2025 anjuran DBKL dan JKKN.
Sebagai kempen signatur jenama RASA dan acara utama di bawah payung Iftar @KL, Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira 2025 bukan sekadar tentang masakan, tetapi satu gerakan masyarakat yang menghubungkan rakyat, wira negara, sektor korporat dan agensi kerajaan dalam satu misi bersama – menyebarkan berkat Ramadan kepada segenap lapisan Masyarakat. Untuk edisi 2025, acara ini turut menyaksikan kolaborasi julung kalinya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menjadikan rewang tahun ini benarbenar Meriah Lain Macam!
Edaran Sekitar Lembah Klang
Seawal 7.00 pagi, Dataran Merdeka digerakkan dengan semangat gotong-royong apabila lebih 150 tenaga kerja merangkumi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan ASTRO Kasih, DBKL, sukarelawan serta kakitangan Nu Ideaktiv berganding bahu menyediakan sebanyak 8,000 bekas bubur lambuk yang melibatkan 15 periuk besar digunakan untuk memasak makanan tradisi tersebut dan seterusnya mengedarkan kesemua bubur lambuk tersebut kepada orang ramai di Dataran Merdeka dan 7 lagi lokasi edaran komuniti termasuk:
• Hospital Kuala Lumpur (HKL)
• PA Seri Selangor
• PPR Laksamana
• Institut Jantung Negara (IJN)
- Bazar Jalan Raja Alang
- Bazar Jalan Kuching
- Pasar Seni
Program dimulakan secara rasmi dengan gimik Mula Rewang yang disempurnakan oleh oleh YBhg Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersama En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv serta YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Hafizuddeain Bin Jantan, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Bin Ithnain, Panglima Tentera Laut, dan YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Bin Goriman Khan, Panglima Tentera Udara.
Pelancaran gimik Mula Rewang turut disaksikan oleh dif-dif kehormat dan penaja utama tepat jam 9.00 pagi, menandakan permulaan kepada hari yang penuh nilai dan rasa. Bubur lambuk yang disediakan bukan sahaja hasil air tangan rakyat biasa, tetapi juga dimasak bersama wira negara dari TDM, TLDM, dan TUDM, satu simbolik yang mengangkat nilai perpaduan dan rasa saling menghargai. Turut hadir dan menyumbang tenaga di dapur rewang ialah Chef Imelda dan pasukan Bizmila Catering, bersama hampir 100 anggota ATM dan sukarelawan. Penyediaan bubur menggunakan ramuan istimewa tajaan penaja seperti:
- 300kg Beras Wangi Saji Aroma oleh FGV
- 113kg Santan S&P Santan
- 90kg Minyak Masak OKI
- AJI-SHIO® Lada Berperisa & Lada Hitam Berperisa
Tepat 2.30 petang, majlis utama Flag Off Konvoi Edaran Bubur Lambuk Rewang Wira berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, disempurnakan oleh YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Ms. Cynthia Seow, Pengerusi Nu Ideaktiv & Pengarah Pengalaman Pelanggan & Digital Astro serta barisan penaja utama dan strategik termasuk wakil daripada Blackmores, FGV, Ajinomoto, S&P Santan, OKI dan inDrive. Edaran ini menandakan keprihatinan untuk membawa keberkatan Ramadan hingga ke hospital, bazar dan rumah komuniti.
Menjelang petang, pentas utama diserikan pula dengan:
- Segmen Meriah Lain Macam bersama penyampai Zayan, Faizal Ismail dan Nana Mahazan
- Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Hariri dan Keanu Azman
- Persembahan khas oleh Mila Jirin
- Demo masakan eksklusif oleh Chef Naem dan Shafiq Cute
Puncak acara menjelang Maghrib menyaksikan ketibaan YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Duit Raya dan Edaran Bubur Fasa Kedua, serta pelancaran Malam Tujuh Likur anjuran DBKL dan JKKN. Acara disempurnakan dengan adalah dengan nyalaan pelita panjut gergasi oleh YB Menteri dan saat ini menjadi tumpuan ramai sebagai detik kemuncak kasih saying, keinsafan disamping meraikan budaya dan akar umbi komuniti tempatan.
Menurut Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, RASA kini bukan hanya sebuah jenama resipi masakan semata, tetapi sudah menjadi platform penyatuan dan kesyukuran komuniti.
“Tiada kata lain yang lebih tepat melainkan rasa syukur yang mendalam. Melihat 15,000 rakyat Malaysia berkumpul, menikmati bubur lambuk hasil rewang bersama para wira negara, adalah gambaran indah perpaduan sebenar. Ia adalah momen di mana tidak ada sempadan pangkat, latar belakang atau status, hanya kemanusiaan, rasa syukur dan keharmonian”.
“Saya percaya, ini adalah intipati sebenar Ramadan. Dan RASA, sebagai jenama yang telah menjadi sebahagian daripada ribuan dapur Malaysia, berbangga dapat memainkan peranan sebagai jambatan penyatuan. Terima kasih kepada ATM, DBKL, JKKN, Blackmores, FGV, Aji Shio, S&P Santan, OKI, inDrive serta rakan media Astro, Zayan dan Borak seeNI yang menjadikan impian ini satu kenyataan.
Kami akan terus melangkah lebih jauh. Tahun depan, kami akan tampil dengan versi yang lebih besar dan inklusif – bukan hanya menambah kuantiti bubur lambuk, tetapi menyediakan ruang untuk individu dan korporat turut menyumbang kepada masyarakat dalam bentuk kolaborasi Ramadan yang lebih bermakna. RASA akan kekal sebagai platform untuk perpaduan, kebajikan dan kekuatan komuniti. Pihak RASA dan Nu Ideaktiv merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, rakan strategik dan pihak penaja atas semangat luar biasa yang ditunjukkan sepanjang acara ini. Anda semua adalah denyut nadi kejayaan kempen ini‘, kata beliau menutup acara RASA Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini.
Untuk inspirasi resipi, kandungan Ramadan dan lebih banyak cerita komuniti, layari RASA di semua platform digital atau muat turun aplikasi Seeni hari ini.
Pihak penganjur menjangkakan penganjuran yang lebih meriah dan besar untuk tahun hadapan. Bagi yang berminat untuk bersama-sama Majalah RASA boleh menghubungi Puan Emma Masri di talian 019- 632 8758 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI