Tahukah anda, rupanya ada Laksam Kedah yang memang berbeza dengan laksam lain. Selain namanya laksam Kedah dan rupanya yang berwarna bendera negeri Utara sana, kaedah masakan juga berbeza.
Menurut wanita yang berkongsi resipi, Novelis Afieyza Isahak, beza kuah laksam Kedah, dia guna rempah dan cili kisar. Namun hasil kajian beberapa resipi yang dilakukan, kebanyakannya tak sama.
Ada yang masukkan bahan ni, ada yang tak masukkan. Jadi dia mengambil pendekatan untuk gabungkan semua. Senang cerita.
BAHAN LAKSA :
2 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
CARA-CARA:
Ayak bahan bertanda ( *), kemudian satukan dengan bahan-bahan lain. Kacau sebati. Kukus sehingga adunan tepung menggelembung dan boleh diangkat dan gulung.
BAHAN KUAH :
½ kg ikan sardin – rebus bersama asam keping dan sedikit garam. Isi tu, saya sarankan untuk tumbuk agar lebih rasa ikan. Kisar tulang ikan bersama air rebusan tadi.
CARA-CARA:
1.Kisar bahan bertanda ( * ). Tumis cili kisar dan rempah kari ikan bersama sedikit air kosong sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih. Masukkan isi ikan, santan, asam keping, kerisik, garam dan gula. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Kacau.
3.Tambah daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mereneh dengan api perlahan. Tambah apa yang kurang mengikut selera masing-masing. Siap.
BAHAN SAMBAL:
6 tangkai cili besar – beli online di sini
3 tangkai cili padi – beli online di sini
2 inci belacan – beli online di sini
3-4 sudu cuka – beli online di sini
Sedikit air
CARA-CARA:
Kisar semua bahan. Kemudian, tumiskan dan tambah bahan perasa.
BAHAN SAMPINGAN:
Timun
Kacang panjang – beli online di sini
Bawang merah – beli online di sini
Kobis
Tauge
Limau kasturi – beli online di sini
Kredit resipi: Novelis Afieyza Isahak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: