Bila menghampiri hujung bulan dompet dah mula nipis jadi bila ke pasar terpaksalah bajet. Jangan risau sebenarnya dengan modal bajet banyak lagi menu yang boleh korang masak dengan hasil rasa yang sedap dan masak pun ringkas. Tak percaya cubalah beberapa menu yang RASA kongsikan di sini.  Kena sangat dengan orang bujang ni.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

 SARDIN TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
  • Sedikit  cili benggala | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji buah tomato | dadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 atau 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
  3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah kuah kering, tutup api.
  7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
  8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
  9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
  10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan  isi sardin tadi.
  11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
  12. Angkat dan sedia dihidangkan.

 Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

ASAM PEDAS  IKAN SARDIN MACKEREL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 pucuk daun kesum
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
  4. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Biarkan mereneh seketika sehingga  timbul minyak. Tutup api,
  7. Sedia dihidangkan.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

 IKAN KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 20 biji cili padi | hiris

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
  8. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

SAMBAL  KERING IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 15 biji cili padi
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan  ayam dengan  garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
  7. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

TAUHU TELUR GORENG BERSAMA DAGING CINCANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
  • 200gm daging kisar
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang Holland | dadu halus
  • 3ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 cm halia muda | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
  5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
  6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
  9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
  10. 10, Tauhu sedia dihidangkan.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping  tempe | hiris menyerong
  • 1 biji bawang besar  | belah dua dan hiris bulat
  • 2 ulas bandi | hiris
  • Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu 
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh  air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap pekat panis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.awang putih | titik
  • 8 biji cili padi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
  4. Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
  7. Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

Ads

SUP CENDAWAN TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket  cendawan tiram | siat-siatkan yang besar
  • 1 pokok sawi | potong
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 3 hirisan halia muda
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk  perasa sup sayur
  • Garam secekup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
  2. Setelah mereneh, masukkan cendawan, lobak merah dan sawi.
  3. Kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam sup sayur dan garam secukup rasa.
  4. Seketika kemudian, tutup api.
  5. Sup cendawan sedia dihidangkan.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

KURMA TELUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
  • 200ml santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji kentang | buang kulit dan belah empat
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • 2 biji cili merah | belah dua
  • 1 biji bawang holand | belah empat
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang  kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air
  5. Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
  6. Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  7. Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah.
  8. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
  9. Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CAR MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
  6. Gaul rata dan tutup api.
  7. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

Meriahkan Hujung Minggu Dengan  Menu Bajet Yang Murah & Sedap.

SAMBAL BILIS TUMBUK TELUR PECAH

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis yang telah dibelah dua
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
  3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.
  5. Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
  6. Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI