
Bila tiba Ramadan, pastinya kita mula rindu akan suasana berpuasa di kampung halaman. Terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, sesi berebut gelas air dengan adik beradik bila tibanya saat azan berkumandang dan bermacam-macam lagi memori indah bersama keluarga tercinta. Masa inilah semuanya terbayang-bayang di depan mata.
Keseronokan menyambut Ramadan di kampung bersama keluarga tercinta tentunya jauh berbeza berbanding cara orang moden di bandar. Namun apa daya, komitmen yang digalas membataskan segalanya. Malah kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan kita tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan.

Mengembalikan nostalgia indah ini bersama penonton setia, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE yang ditayangkan bermula 22 Mac, setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
GANDINGAN HOS & SELEBRITI HEBAT
Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan untuk berkongsi pelbagai resipi menarik.

Antara selebriti yang bakal menyerikan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah Dato’ AC Mizal, Roy Azman, Namie (Ubi), Ezzaty Abdullah, Zizi Kirana, Betty Rahmad, Ezzrin Loy, Sazzy Falak, Ustazah Asni Mansor, Aisha Retno, Zila Bakarin, Amar Bahrin, Iqeam DInzly, Ayie Floor88, Amir Masdi, Shashie, Sabronzo dan ramai lagi.
Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Nak tahu, kenalah tonton nanti ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Olahan Masakan Tradisi Bersama Rasa Suri Sempena Merdeka

Bersempena bulan kemerdekaan yang ke-67 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Rasa Suri sebagai penganjur utama bersama Puteri UMNO Bahagian Putrajaya & Wanita UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan Program “Semarak Kemerdekaan” di Perkarangan Dewan Komuniti Fasa 18 R13, Presint 18, Putrajaya pada 17 Ogos 2024 yang lalu.
Program kemasyarakatan bertajuk “Jom Masak Dan Menang Bersama Rasa Suri“ ialah sebuah pertandingan memasak yang menggunakan kiub masakan Rasa Suri sebagai bahan utama dalam menu masakan pertandingan seiring dengan usaha untuk memperkenalkan masakan melayu tradisi kepada khalayak ramai.

Acara ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai produk Rasa Suri yang terkenal dengan slogan “Macam Mak-Mak Kita Masak” kerana keunikannya yang mudah digunakan, penyediaan yang sangat cepat dan sesuai untuk semua golongan umur. Tambahan pula, bahan kuib rasa suri yang digunakan adalah halal, produk tempatan dan tiada penggunaan MSG.



Selain pertandingan memasak, acara mewarna dan pertandingan busana traditional turut dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak serta sukan rakyat seperti congkak dan batu seremban turut diadakan dengan kemeriahan kunjungan daripada pelbagai peringkat umur. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Mamee, Vida, Yobick, Fruit Plus dan juga rakan strategik daripada Puteri Umno Bahagian Putrajaya, Majlis Perwakilan Peduduk Putrajaya – Sub Zone 1 dan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan sepanjang program berlangsung antaranya ialah Kuih Corner, Kopiku, gerai baju, ais-krim pop dan juga booth jualan Rasa Suri.
Mengulas lanjut mengenai anjuran pertandingan “Jom Memasak dan Menang bersama Rasa Suri”, Surazi Jais selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri berkata, “Dengan acara sebegini kita dapat melihat teknik masakan dan kreativiti dari 22 kumpulan yang bertanding untuk menawan hati juri sekaligus memperkenalkan makanan atau lauk warisan tradisi seperti Ayam masak gulai lemak cili api, Ayam Masak merah, Daging masak hitam, dan juga sambal tumis udang. Di samping memperkenalkan masakan tradisi Malaysia, program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para peserta. Acara seperti ini hendaklah diteruskan dan sasaran Rasa Suri adalah untuk menjelajahi satu Malaysia dengan memperkenalkan masakan tradisi menggunakan produk Rasa Suri.”

Surazi Jais selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Rasa Suri (ketiga daripada kiri) dan YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Binti Sentiyaki selaku Penasihat Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan (berdiri di tengah)
Program ini juga disokong oleh YBhg Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki selaku penasihat, Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan serta majlis penutup dirasmikan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Karangkraf Keluarkan Pelitup Muka Bersama ‘Hygiene Case’ Yang Suci & Bersih Pertama Di Malaysia

Pandemik Covid 19 memberi impak besar kepada masyarakat di seluruh dunia. Penularan wabak yang belum dikumpai vaksinnya ini menyaksikan kematian berjuta-juta manusia tanpa mengira peringkat umur dan angkanya makin meningkat saban hari.
Ketiadaan vaksin yang mana masih diperingkat uji kaji ini menjadikan penggunaan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan serta memperlahankan virus ini dari merebak dengan lebih aktif.
Kebergantungan pada kedua-dua bahan ini menjadikan harga pelitup muka terutamanya naik dengan mendadak sedangkan kualitinya sangat tidak memuaskan malah cara pemprosesannya juga diragui.
CIRI-CIRI PELITUP MUKA YANG DISARANKAN OLEH WHO
Kini, dipasaran terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang boleh didapati. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada juga yang dihasilkan dari fabrik. Mana satu agaknya pelitup muka terbaik buat anda?
Pelitup muka digunakan bagi menapis titisan cecair halus yang mengandungi virus Covid 19. Oleh itu, penggunaan pelitup muka yang benar-benar tepat amat penting bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus ini.
Menurut sumber dari page Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut iaitu:

1. PELITUP MUKA PERUBATAN (MEDICAL)
Pelitup muka perubatan seperti 3 ply surgical mask yang kebiasaannya digunakan oleh petugas kesihatan. Namun ianya juga disarankan bagi orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan.
Di kawasan di mana jangkitan COVID-19 berlaku dan penjarakan fizikal sukar diamalkan, pemakaian 3 ply surgical masks juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
2. PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN (NON-MEDICAL).
Penggunaan pelitup muka bukan perubatan adalah disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran yang sesak. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis pelitup muka bukan perubatan di pasaran.
KARANGKRAF HASILKAN PELITUP MUKA PERUBATAN BUATAN MALAYSIA
Jika sebelum ini, bekalan pelitup muka diimport dari negara luar, kini rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega kerana Karangkraf Medicare telah menubuhkan kilang pembuatan pelitup muka buatan Malaysia yang menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysa (KKM) serta WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Karangkraf Medicare merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang pembuatan. Malah, Karangkraf Medicare juga merupakan 100% syarikat Muslim yang menceburkan diri dalam bidang pengeluaran pembuatan pelitup muka kesihatan di Malaysia.
Berpegang pada tagline ‘Bersih & Suci’, Karangkraf amat komited dalam menghasilkan pelitup muka perubatan (Medical Face Mask) terbaik tapi dijual pada harga rendah untuk kegunaan rakyat negara ini.
Bersih & Suci diaplikasikan dari segala aspek bermula dari kakitangan pengendali hinggalah ke proses akhir pembuatan pelitup muka. Ia terbukti dengan pembinaan kilang khusus untuk pembuatan pelitup muka lengkap dengan ‘clean room’ dan kakitangan diwajibkan memakai sut PPE yang bertujuan untuk memastikan kebersihan produk terjamin. Jadi pengguna boleh menggunakan pelitup muka Karangkraf dengan yakin dan tanpa rasa was-was.



KEISTIMEWAAN PELITUP MUKA KARANGKRAF

1. Pelitup muka Karangkraf adalah gred perubatan (medical face mask)
2. Dihasilkan dari bahan berkualiti tinggi serta cara pembuatan yang suci dan bersih.
3. Produk keluaran Malaysia dan dihasilkan oleh usahawan bumiputera Muslim
4. Pelitup muka Karangkraf telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019.
5. Mempunyai keupayaan menapis bakteria (BFE) melebihi 98% & keupayaan menapis zarah dan virus (PFE) melebihi 95% dan dibuktikan melalui ujian Eurofins Lab.
6. Diperbuat daripada 3 lapisan fabrik utama iaitu:
- Lapisan luar (diperbuat dari pp non-woven) – berfungsi menghalang dan menapis partikel, habuk-habuk, debu & air daripada masuk)
- Lapisan tengah (diperbuat dari fabrik melt-blown) – diperakui 98% keberkesanannya dalam menapis serangan virus dan bakteria agar tidak tembus ke wajah.
- Lapisan dalam (diperbuat dari fabrik non-woven) – berfungsi memberikan rasa selesa, pengaliran udara yang baik, memudahkan pernafasan & menyerap haba berlebihan.
7. Pelitup muka Karangkraf tidak memberikan rasa panas, rimas ataupun sesak nafas.
8. Sedang dalam pensijilan ISO 13485: 2016 Medical Device & sedang menjalankn usahasama dgn SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
9. Dijual dengan harga lebih murah.
10. Ditawarkan dalam 2 varian iaitu pelitup muka Karangkraf & & Karangkraf Plus.
PELITUP MUKA KARANGKRAF:

- Kuantiti: 30 keping pelitup muka
- Tidak mempunyai HYGIENE CASE
- Didatangkan dengan 6 pilihan design kotak yang menarik.
PELITUP MUKA KARANGKRAF PLUS:

- Kuantiti: 10 keping pelitup muka
- Setiap keping pelitup muka disertakan bersama HYGIENE CASE dalam setiap kotak.
- Didatangkan dengan 6 pilihan ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ HYGIENE CASE.
Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.
‘Hygiene Case’ didatangkan dalam 6 design menarik iaitu:
- Floral
- Frontliners
- Classic
- Musical
- Geometric
- Tropical

Berminat nak jadi antara yang pertama miliki pelitup muka Karangkraf & Karangkraf Plus? Dapatkan secara terus di Karangkraf Mall, Seksyen 15 Shaha Alam atau secara online di www.karangkrafmall.com.
Untuk maklumat lanjut, boleh juga layari FB Karangkraf Medicare.
Imbau Nostalgia Kanak-Kanak Dengan Snek Miaow Miaow. Memori Sangat!

Bila tengok snek Miaow Miaow ni, terus teringat memori masa zaman kanak-kanak dulu. Memang inilah snek yang wajib beli lepas balik dari sekolah atau bila pergi ke kedai. Tipulah kalau anda tak pernah makan snek ni dulu kan?
Jadi sempena musim cuti ini, Miaow Miaow mengajak anda semua untuk meraikan detik-detik Miaowting bersama Miaow Miaow. Ia merupakan snek nostalgia pada satu ketika dahulu sekali gus membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak.

Ia merupakan antara snek yang akan kita nikmati semasa menonton televisyen bersama keluarga. Kerangupan pertama snek ini di samping bauan yang memikat pastinya tidak pernah anda lupakan. Hmm memang sedap kan? Tahu-tahu dah habis sebungkus.

Menurut pengasanya, adik-beradik Encik Chink Poh Cheng dan Encik Chuang Poh Lim, Miaow Miaow merupakan jenama keluarga yang diutamakan. Mereka percaya bahawa snek klasik Miaow Miaow boleh membantu keluarga dan rakan-rakan berhubung semula melalui kenangan bersama untuk menikmati hidangan yang enak. Tentunya ia mengeratkan lagi hubungan.

Antara snek Miaow Miaow yang digemari ialah Keropok Udang Miaow Miaow, Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Sotong, Keropok Kentang, Gegelang Perisa Keju, Keropok Perisa Ayam dan Snek Berperisa Pedas dan Berempah.
Jom imbau ke masa bersama snek ikonik zaman kanak-kanak di Malaysia. Dapatkan di kedai-kedai berhampiran anda.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Chocolate Crinkle Cookies. Sedap Sampai Tak Boleh Henti Mengunyah
Sup Bebola Tepung Pulut. Inti Penuh & Sedap Makan Dengan Minyak Cili
Carrot Cake Sukatan Guna Cawan & Sudu. Resipi Mudah, Gerenti Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

