Baru-baru ini LG Electronics Malaysia bersama dengan hand.some.cake, telah menganjurkan kelas pembuatan kek yang cepat dan mudah untuk para wakil media. Kelas yang berlangsung dalam suasana sangat santai ini memang sangat mengujakan malah terdapat banyak ilmu ‘baking’ yang dikongsi.
Sesuai dengan gaya hidup yang sibuk, LG dan Helmi dari hand.some.cake telah berkongsi cara-cara untuk menyediakan Simple No Baked Tiramisu yang sangat sedap dan mudah dihasilkan. Lebih istimewa, sajian ini tidak memerlukan banyak bahan, tidak perlu dibakar dan boleh disiapkan dalam masa kurang 30 minit. Memang senang! Sesuai dengan gaya hidup orang kota yang kesuntukan masa.
Peti sejuk LG InstaView Door-In-Door adalah salah satu peralatan yang perlu ada di setiap rumah di Malaysia. Lupakan peti sejuk biasa kerana LG InstaView Door-In-Door ini ternyata bukanlah sebuah peralatan yang biasa-biasa.