Bermula tengah malam ini, semua premis makanan di negara ini diwartakan sebagai tempat larangan merokok selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau ( Pindaan) 2018.
Ketua Pengaran Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) yang bertujuan menlindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.
“ Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin atau berkonsep terbuka (open air).
“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam memastikan orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ads
Sebelum ini Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.
Katanya peraturan terbaharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan serta restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahakan merokok seperti bili khas merokok dan bekas membuang punting rokok.
Ads
Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, PPKHT 2004 yang mana mereka yang melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Apa yang istimewa sangat roti canai dekat kedai ni? Ha…tak cuba tak tahu dik..Jawapannya pastilah Roti Canai Tsunami! Menu ni pernah jadi viral di media sosial. Pemiliknya; Muhamad Ali Daud dan isteri Noridah Sapak sendiri tidak menyangka idea cetusan nama tsunami daripada anak mereka itu menjadi tular sampaikan tak menang tangan dibuatnya.
Idea asal Roti Canai Tsunami ni semuanya bermula apabila pensyarah kepada anak lelaki mereka meminta dibuatkan roti canai lain dari yang lain. Mulanya menu ni diberi nama ‘Roti Special’ kemudian diubah menjadi ‘tsunami’ bagi mencipta keunikan. Roti canai ‘tsunami’ sebenarnya adalah roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari ,dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak. Mantap!!
Kalau makan hidangan ni, comfirm kenyang! Hanya dengan RM2.40 satu set bersama air teh atau teh o ais, anda dah boleh tersenyum puas. Lebih istimewa, keenakan Sambal Bilis homemade yang dihidang bersama menjadikan campuran kuah cicah ini menjadi lebih enak. Ada juga Kari Sardin juga uols. Fuhhh! Memang power!
Dek kerana penangan viral ini juga, setiap hari Pak Ali terpaksa menggunakan 35kg tepung untuk menyediakan roti canai berbanding hanya 20kg sebelum ini. Seawal 7.00 pagi lagi pelanggan sudah beratur panjang. Mai lambat, memang rugi. Sewaktu kunjungan RASA, jam 10.30 pagi pun masih ramai lagi pelanggan memenuhi gerai ni. Malah Pak Ali juga menawarkan diskaun untuk para pelajar. Maka tak hairanlah gerai yang terletak di Pantai Dalam ini cukup terkenal di kalangan siswa siswi Universiti Malaya.
Di samping roti canai ‘tsunami’, Pak Ali turut menyediakan roti telur, roti sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Memang banyak pilihan yang anda boleh cuba. Jika bawa anak-anak dan keluarga, memang sesuai sangat. Jika anda ingin singgah, gerai Pak Ali ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Selamat mencuba! – Faridah Talib
Info Kedai:
Roti Tsunami @Roti Canai Pak Ali
Depan Pantai Perumahan Pantai Permai
Jln Pantai Permai, Pantai Dalam,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7.00 pagi – 11.00 pagi
Buat peminat K-Drama bukan hanya terbuai dengan jalan cerita malah turut terpengaruh dengan makanannya yang gerenti kuat korang terliur. Siapa pernah merasanya pasti mengakui betapa sedap makanan Korea ini.
Kini tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan Korea yang halal. Restoran Gimbap Story menghidangkan makanan yang memang sedap dan halal usahasama Nurul Farisya Ahmad dan Lee Soo Mi.
“Mengapa dinamakan Gimbap kerana Gimbap antara makanan popular di Korea. Gimbap seperti sushi kalau di Jepun. Bezanya sushi dimakan dengan kicap juga wasabi tetapi gimbap tak perlu dicicah kerana sudah dilumur dengan minyak bijan. Namun kalau nak cicah, boleh saja.Di sini makanan tidak terhad kepada gimbap sahaja. Kami menghidangkan korean street food buat masa ini. Namun di masa akan datang, bercadang untuk variasi lagi makanan sedia ada. Dari pengalaman saya di sana, saya suka both street food tetapi kalau nasi dan lauk Korea lagilah sedap dengan daging bakar,”cerita Farisya
Menu yang ditawarkan
Suasana restoran ini juga cukup santai. Dekorasinya ringkas dan cantik. Dari segi servis dan kebersihan pula, memang terbaik. Rugi kalau tak singgah!
Menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah Korean Street Food.
GIMBAP
Gimbap dibuat dari nasi (bap) yang digulung dengan rumpai laut kering (gim). Isi gimbap ada bermacam-macam jenis seperti Tuna, Crazy On Fire, Baby, Basic, KFC, eggbomb, Sausage& Cheese, Sambal Ikan Bilis.
Hidangan-hidangan ini bersaiz besar, jadi ianya bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan.
tuna gimbap.
crazy on fire.
TTOEKBOKKI
Ttoekbokki makanan snek Korea yang terdiri daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Terdapat tiga jenis variasi iaitu Original, Garlic Soy Sauce, Cheese dan Egg.
Ttoekbokki original.
KOREAN FRIED CHICKEN
Merupakan “after meal-snack” yang terdiri daripada tiga jenis perasa iaitu Spicy Sauce, Garlic Soy Sauce dan Honey Butter.
KIMCHI FRIED RICE
Bahannya ialah kimchi, sayur-sayuran dan nasi.
GARLIC SOY SAUCE FRIED RICE
Bahannya terdiri daripada nasi, sayur-sayuran dan garlic soy.
PAJEON
Seakan lempeng. Terdiri daripada dua jenis iaitu Scallions dan Seafood.
BUNGEO-PPANG
Pastri Korea yang berbentuk ikan. Terdapat enam jenis filling iaitu Nutella, Custard, Cheese, Egg, Red Bean dan Kaya Pandan.
Terdapat empat best-seller makanan di sini iaitu Gimbap, Bungeo-Ppang, Ttoekbokki dan Korean Fried Chicken.
Bungeo-Ppang
Istimewanya di Gimbap Story menghidangkan:
– Gimbap dalam saiz yang besar pernah anda lihat yang sangat berpatutan pada harga.
– Ttoekbokki yang mempunyai kombinasi rasa manis, pedas dan rice cake yang kenyal yang sedap.
– Bungeo-Ppang yang rangup di luar, penuh dengan isi di dalam, terdapat enam jenis pilihan.
-KFC, Rasa ayam yang rangup di luar, disaluti dengan tiga jenis perisa yang kaya dengan rasa tersendiri.
Jadi apa yang buat ayam goreng ini begitu istimewa? Tentulah bahan perapannya, sama ada gabungan kicap dan bawang putih, atau pes cili merah yang pedas dan manis. Kedua-duanya buat anda ketagih!
Jika ke sini, jangan terlepas peluang minum Coffee Salted Caramel, Pinky Promise dan Peachy Lychee. Rasanya susah nak cakap, korang kena rasa sendiri.
coffee salted caramel.
Bagi yang tidak mahu dine-in , boleh saja buat pesanan di Grab Food, Food Panda, Orderla dan Beepit.
Orang-orang Bandar Sunway, Kelana Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kuala Lumpur, korang kena cuba makanan di sini. Gimbapnya besar dan puas makan.
Gimbap Story
No 47, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway
Subang Jaya, Selangor
Operasi:
Isnin -Sabtu bermula jam 12pm – 7.30pm.
Tutup setiap Ahad
Kelantan; sebuah negeri yang terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Ia memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang enak serta pelbagai. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang listing makanan asli Kelantan ni. Tapi yang ada di bawah ni antara hidangan-hidangan yang wajib cuba jika berkunjung ke sana. Jika anda orang Kelantan dan pernah cuba semua ni, perghhh…korang memang ore Kelate pure. Hebakkk!
Jom lihat apa makanan yang best dan wajib cuba di Kelantan.
1. NASI KERABU HITAM, KUNING & PUTIH
NASI KERABU HITAM @ BIRU FOTO: http://putri-roh.blogspot.my
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.