Petang-petang begini memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Menerusi perkongsian saudari Rosni Musa, beliau kongsikan petua yang diajar oleh ibu mertua untuk menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam. Ikut car ani, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati.
Ads
4. Sampai adunan jadi macam ni.
5. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
6. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
7. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
Ads
8. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
9. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Mak mentua ajar kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti denga nisi udang.
Orang kata makan tanpa sambal seakan tidak lengkap menikmati hidangan. Jadi bila ada sambal, dari kurang berselera pasti bertambah nanti makan. Hari ni jom buat sambal ketuk ikan bilis ,cili api dan belimbing buluh. Makan dengan nasi panas bersama ikan goreng, pergh memang terbaik.
SAMBAL KETUK IKAN BILIS, CILI API DAN BELIMBING BULUH
Bahan-bahan:
Cili api merah
Cili hijau
Cili merah
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Ikan bilis -direndam & ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing buluh -hiris halus
Cara membuat:
1.Goreng kesemua bahan dengan sedikit sahaja minyak sehingga kekuningan. Tidak terlalu rangup ikan bilisnya.
Di laman sosial, terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang anda boleh cuba. Sebagai contoh, Roti Rangup Berlauk perkongsian Mleisya Scarf Comel Sokmoni. Daripada roti sandwicbiasa, anda boleh ubah jadi hidangan luar biasa sedapnya! Jom cuba. Anda pasti suka. Sesuai dinikmati sebagai snek, sajian minum petang atau pada bila-bila masa sahaja. Jom cuba!
1. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga jadi bancuhan agak pekat. Adun hingga sebati. Tepung ini akan digunakan untuk mencelup roti.
2. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam bekas.
3. Kemudian masukkan mayones serta serbuk lada hitam @ lada putih dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Ambil roti dan potong dua. Kemudian letak inti berlauk tadi.
5. Lipat kemas dan salut dalam bancuhan tepung yang telah dibancuh awal tadi.
6. Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbaguna yang kering.
7. Panaskan minyak dan goreng roti hingga garing dan berwarna keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan roti. Goreng guna api sederhana.
Mi kuah antara idea hidangan yang sesuai untuk makan malam. Bukan saja sedap tapi cara penyediaannya juga ringkas dan sangat mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.
Untuk mi kuah stail utara yang dikongsi oleh Intan Syahira, ia menggunakan tulang dengan kuah yang pekat kerana dimasukkan keledek kisar. Rasanya memang enak dan cara membuatnya tetap mudah.
Cara buat mi kuah tulang cara utara
Bahan-bahan
Mi kuning -dicelur dan ditos
Daging bahagian tulang -direbus (simpan air rebusan untuk kuah)
2 sdb rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah -direbus dan dikisar
Serbuk perasa
Garam dan gula
Sedikit kicap lemak manis (untuk rasa dan warna kuah yang gelap)
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Bahan hiasan
Tauhu -digoreng dan dipotong dadu
Cili merah -dihiris
Telur rebus -dibelah dua
Tauge
Tomato dipotong
Cara memasak
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang sekali untuk kuah. Masukkan ubi keledek yang dikisar. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dengan sos cili, kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Biarkan kuah agak pekat kemudian boleh tutup api.
5. Kemudian oleh tuangkan kuah di atas mangkuk berisi mi kuning. Taburkan dengan bahan hiasan dan sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.