Petang-petang begini memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Menerusi perkongsian saudari Rosni Musa, beliau kongsikan petua yang diajar oleh ibu mertua untuk menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam. Ikut car ani, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

RESIPI CUCUR BILIS YANG GARING & LEMBUT

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum (beli online disini)
1 1/2 cawan air panas menggelegak
1/4 cawan air biasa
1 biji bawang besar – didadu (beli online disini)
1 biji cili merah – dihiris halus (beli online disini)
1 sudu teh garam
1 sudu teh perencah Cukup Rasa
1 genggam ikan bilis yang telah dicuci (beli online disini)

CARA MEMASAK:

Masukkan tepung, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk.

IKLAN

Kacau sekata bahan-bahan tadi.

Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati.

Sampai adunan jadi macam ni.

Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.

Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.

Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.

Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.

Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.

PETUA: Mak mentua ajar kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa.
Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti denga nisi udang.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official