


Masak asam pedas memang ada banyak versi. Tapi uniknya resipi asam pedas ini adalah dengan tambahan pes tomyam yang memberi rasa istimewa.
ASAM PEDAS JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
- Kepala ikan Jenahak, isi atau telur ikan (atau antaranya)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 5 biji bawang merah (kisar)
- 2 genggam cili kering (kisar)
- 1 mangkuk air asam jawa
- Garam
- Serbuk perasa
- Sedikit belacan
- 1/2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai (dititik)
- 5 sudu minyak masak
- 1 sudu pes tom yam
- 10 butir lada hitam di ketuk kasar
- Sedikit daun kesom.
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu rebus telur ikan berasingan hingga masak.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing.
- Masukkan cili kisar, masak sampai mendidih hingga naik minyak. Masukkan sedikit air.
- Selepas cili masak, masukkan pes tom yam.
- Masukkan serai. Masak hingga mendidih lagi hingga naik aromanya.
- Masukkan kepala ikan, isi ikan atau telur ikan dan daun kesom. Biar sehingga mendidih, suaikan rasa asam, garam, gula, serbuk perasa
- Asam pedas sedia untuk dihidangkan.
INFO: Masukkan sayur kegemaran anda seperti bendi, tomato atau terung.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Syazreen Sya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kongsi Rahsia Resipi 50 Tahun, Buat 4 Jenis Rempah Kari Kini Terbongkar!

Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.

BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:

- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
- 3 ulas bawang putih *
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 sb jintan putih*
- 1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SEAFOOD:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji (ketumbar)*
- 2sb jintan manis*
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
- Sedikit kunyit hidup
- Sebesar ibu jari halia
- 1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
- Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
- Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:

- Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dengan air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
- Masak cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini telah memaparkan gelagat pelakon cantik manis, Rita Rudaini bersama Cik Ala. Memang gamat studio dengan aksi spontan Rita. Dengan gelang penuh di tangan, tidak kering gusi dibuatnya.


Rita dan Cik Ala telah berkongsi resipi istimewa untuk berbuka puasa iaitu Gulai Lemak Ikan Kering Nanas. Resipi ini merupakan antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya. Terbit rasa rindu di hati untuk menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri.
Tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jadi, Rita dengan bantuan Cik Ala telah menyediakan Lepat Manis yang sedap dan menyelerakan ini. Memang layan makan ketika berbuka nanti.

Jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Memang sedap!
1. GULAI LEMAK IKAN KERING NANAS

BAHAN-BAHAN:
- ½ biji nanas | dipotong kecil
- Asam keping
- 2 inci halia | ditumbuk kasar
- 4 biji bawang merah | ditumbuk kasar
- 2 biji bawang putih | ditumbuk kasar
- 1 kotak santan
- 300gram ikan talang tulang tengah | rendam dahulu
- Minyak masak secukupnya
- Rempah Cap O | dibancuh dengan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
- Bancuhkan rempah Cap O dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan ikan masin. Kacau rata dan tambah air jika perlu.
- Akhir sekali, masukkan nanas. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang nanas menjadi lembik.
- Tambahkan sedikit garam jika mahu. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
2. LEPAT MANIS

BAHAN-BAHAN:
- Daun pisang
- ½ cawan santan
- Sedikit garam
- 1 cawan gula melaka
- Tepung beras
- 2 cawan tepung pulut
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat doh, cairkan gula melaka di atas api perlahan terlebih dahulu.
- Kemudian, bancuh tepung pulut, gula melaka yang telah dicairkan dan sedikit santan.
- Uli dan adun sehingga menjadi sebati. Pastikan doh menjadi lembut dan tidak keras.
- Untuk inti, masak santan di atas api. Masukkan sedikit garam, satu sudu tepung beras yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga santan menjadi pekat.
- Untuk membalut kuih, ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas daun pisang supaya tidak melekat.
- Kemudian, letakkan adunan di atas daun dan ratakan.
- Letakkan inti pada bahagian tengah dan balut denga kemas.
- Kukus selama 45 minit.
- Kuih lepat manis sedia dimakan.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Sardin Dalam Tin Buat Masak Kicap Pedas Pun Sedap

Sardin dalam tin selalunya kita masak sambal, digoreng atau dijadikan kari. Tapi selepas ini boleh tambah satu lagi menu sardin, boleh cuba buat sardin masak kicap pedas pula. Bagi yang tak pernah cuba dengan atau mahu merasainya boleh masak ikut resipi ini
Cara buat sardin masak kicap pedas
Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong

Cara memasak
1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana
3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).
4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!
Sumber: Amiera Johan
Baca: Resipi Kari Sardin & Kubis Goreng Macam Kedai Mamak

