Masak Asam Pedas Telur Ikan & Ikan Jenahak, Rasa Istimewa Tambah Pes Tom Yam

Share

 Masak asam pedas memang ada banyak versi. Tapi uniknya resipi asam pedas ini adalah dengan tambahan pes tomyam yang memberi rasa istimewa.

ASAM PEDAS JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • Kepala ikan Jenahak, isi atau telur ikan (atau antaranya)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 2 genggam cili kering (kisar)
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 sudu minyak masak
  • 1 sudu pes tom yam
  • 10 butir lada hitam di ketuk kasar
  • Sedikit daun kesom.

CARA MEMASAK:

  1. Terlebih dahulu rebus telur ikan berasingan hingga masak.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing.
  3. Masukkan cili kisar, masak sampai mendidih hingga naik minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Selepas cili masak, masukkan pes tom yam.
  5. Masukkan serai. Masak hingga mendidih lagi hingga naik aromanya.
  6. Masukkan kepala ikan, isi ikan atau telur ikan dan daun kesom. Biar sehingga mendidih, suaikan rasa asam, garam, gula, serbuk perasa
  7. Asam pedas sedia untuk dihidangkan.

INFO: Masukkan sayur kegemaran anda seperti bendi, tomato atau terung.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Syazreen Sya

Published by
Faridah Talib