Mencari tempat makan menarik sambil menikmati permandangan bangunan pencakar langit popular di ibu kota? Tamu Hotel & Suites adalah pilihan tepat buat kamu, keluarga atau rakan-rakan menikmati hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.
Tamu Hotel & Suites yang terletak di tengah-tengah kawasan Kampung Baru, antara hotel yang menjadi bualan dan pilihan ramai pengunjung dari Malaysia dan luar negara. Ia juga antara lokasi penginapan bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Abdullah mercu tanda Zikay Group.
Ads
Tamu Hotel & Suites menawarkan 276 bilik dan suites dengan pemandangan yang menarik dari pelbagai sudut, di samping wifi percuma sepanjang menginap disana. Selain pilihan bilik yang menarik, tetamu boleh memilih empat tempat makan yang berbeza bergantung pada keselesaan. Lepak santai di Lounge Serambi, inginkan suasana tradisional kasual makan di Tamu Junction Place, jika sukakan tempat terbuka boleh ke Suasana @27 sambil makan di Poolside Terrace dan jika kamu inginkan pengalaman dan suasana romantis Tamu Sky Lounge di aras 40 adalah pilihan yang tepat!
Setiap hidangan di Tamu Hotel & Suites disediakan dengan berhati-hati. Kami mulakan dengan memilih ramuan terbaik dari pasar tempatan. Pasukan kami terdiri dari Chef pakar yang meletakkan perhatian penuh pada setiap hidangan bagi memastikan penyajian yang lazat untuk diingati.- Tamu Hotel & Suites
Hidangan Nasi Dulang Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur
Selain daripada menghidangkan makanan berasaskan “buffet” dan makanan barat, “Hidangan Nasi Dulang” yang berkonsepkan makanan Timur Tengah adalah juadah istimewa yang perlu dicuba dan nikmati hanya di Tamu Sky Lounge di aras 40.
Sajian Nasi Dulang antara hidangan bersaiz besar yang boleh dinikmati dari enam hingga ke 10 orang, mempunyai set makan yang lengkap seperti lamb leg, udang, telur beriani, ayam goreng 69, daging masak hitam, desert, sup, salad dan paling penting nasi yang disediakan menggunakan bahan rempah istimewa yang diolah sendiri oleh Chef Fadly.
Ads
Menikmati hidangan yang lazat sambil bergambar, berlatar belakangkan pemandangan cantik bangunan pencakar langit seperti KLCC, Menara KL, Menara Exchange 106 menjadikan hidangan ini berharga RM1600 set dan ianya sangat berbaloi. Rasai sendiri pengalaman menginap dan makan ‘Nasi Dulang’ di Tamu Hotel & Suites di Kuala Lumpur, semestinya buat kamu tak terkata!
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Di mana-mana dan sesiapa saja akan menjadikan nasi sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian. Dan tidak hairan juga jika ada andaian menyatakan “anda belum makan jika tidak memakan nasi.” Ramai rakyat Malaysia sangat gemar menikmati beras wangi untuk hidangan harian di rumah.
Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih. Untuk itu pemilihan beras terbaik sangat penting, bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi boleh membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi dan kalsium. Lebih daripada itu kita juga pastinya ingin memilih beras berkualiti, yang enak dan berbau harum.
Hari ini terdapat pelbagai jenis beras wangi berada di pasaran dan setiap jenis pasti memberi rasa dan hasil berbeza apabila dimasak. Dan kebanyakan beras wangi ini juga diimport dari luar negeri. Kini kita mempunyai pilihan beras wangi tempatan yang tidak kurang hebatnya. Malah setanding dengan yang sudah lama berada di pasaran.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (250gm)
Beras Wangi HORECA Ladang’57, jenama terbaru beras wangi tempatan pertama yang dikomersialkan di Malaysia ini mempunyai segala kualiti yang diperlukan. Dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) iaitu anak syarikat kepada FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat agrobisnes utama negara.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (2kg)
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan di rumah, malah sangat sesuai dijadikan pilihan untuk perniagaan sama ada di restoran, kafe dan hotel. Rasanya yang sedap dan harum pasti membuat pelanggan merasa lebih gembira kerana dihidangkan dengan nasi berkualiti tinggi.
LEMBUT & HARUM
Lembut dan sedap dimakan, kualiti Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Mudah untuk dimasak dan berasnya yang tidak hancur. Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini tidak menyebabkan paras gula dalam badan meningkat jika diambil dengan kuantiti yang banyak, jadi sangat baik untuk semua.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (5kg)
Malah lagi menarik, beras ini sangat sesuai buat mereka yang menghidapi penyakit diabetik dan bagus untuk kesihatan. Beras ini bentuknya yang panjang, teksturnya yang bersih dan terbukti selamat untuk digunakan, sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi seperti nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini didatangkan dalam tiga pek berbeza iaitu 5KG, 2kg dan juga 250g dengan harga RM30.00, RM12.00 dan RM2.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 boleh layari www.ladang57.com.my atau scan QR code di bawah untuk info lebih lanjut.
RESIPI BERASASKAN NASI MENGGUNAKAN BERAS WANGI HORECA LADANG’57
NASI AYAM CLAYPOT
BAHAN-BAHAN A:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 ½ cawan air rebusan ayam 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN B:
½ ekor ayam | potong kecil 3 ulas bawang putih | tumbuk halus 3sm halia | tumbuk halus 6 sudu makan kicap manis 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN C:
3 tangkai cili kering | potong kecil 4 biji cendawan shiitake | belah dua Minyak bijan secukupnya Garam secukup rasa Cincangan daun bawang | untuk ditabur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B lalu gaul rata. Perap setengah jam. 2. Sementara itu, di dalam kuali kecil, panaskan sesudu kecil minyak bijan lalu goreng cendawan shiitake dan cili kering hingga wangi. Tutup api. 3. Di dalam periuk claypot, satukan semua bahan B lalu masak hingga separuh masak. 4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi diatas nasi yang separuh masak tadi lalu tutup periuk claypot beserta cendawan shiitake dan cili kering goreng tadi. Teruskan memasak dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sempurna. 5. Setelah semua bahan masak, renjiskan sedikit minyak bijan dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 cawan susu cair ½ cawan air 3 sudu makan tomato puri 3 sudu makan sup tomato dalam tin 2 sudu makan minyak sapi 1 tangkai daun pudina 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 sudu teh garam Kacang gajus goreng & kismis | untuk ditabur
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
½ biji bawang besar 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan kisar lalu tumis lagi hingga wangi. 3. Masukkan tomato puri, susu cair, sup tomato dan air. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup api. 4. Tuang semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. 5. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih. Tambah garam. Kacau rata dan masak nasi hingga tanak. 6. Setelah nasi masak, masukkan daun pudina dan gembur nasi rata. Tabur kacang gajus goreng dan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.
RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar 1 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 1 cawan air ½ cawan gula kastor 1 sudu teh garam ½ sudu teh air ros (mawar) Serbuk kulit kayu manis secukupnya Cincangan kekacang panggang (walnut/badam/hazelnut) Hirisan buah mangga Hirisan buah pisang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama susu segar. Didihkan dengan api kecil sambal kacau berterusan supaya bahagian bawah tidak hangit. 2. Masukkan air, garam dan gula. Masak lagi hingga hingga nasi lembut. Renjis air ros lalu kacau rata. 3. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis di atas pudding nasi. Tabur kekacang panggang, hirisan buah mangga dan buah pisang sebagai pelengkap hidangan. Hidangkan panas.
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah Nugget Nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri guna lebihan nasi ni pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.