Miskin bukan bermakna tiada peluang menyambung pelajaran. Malaysian Food (Authentic) College (MFA) memberi peluang kepada golongan asnaf iaitu pelajar-pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan dan miskin. Jadi adik-adik usah bimbangkan tentang kos pengajian.
MFA Education Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Bakeri Ria Academy Sdn.Bhd ditubuhkan pada Februari 2007. Nak tahu siapa pemilik berjiwa murni di sebalik pengurusan syarikat ialah Chef Datuk Mohd Farid Alwi . Minat yang mendalam dalam bidang bakeri dan pengalaman 15 tahun bekerja di beberapa hotel terkemuka, pasaraya besar dan bakeri mendorong beliau menubuhkan MFA Education Sdn.Bhd.
Datuk Mohd Farid Alwi, berkaca mata hitamBermula tarikh penubuhannya , kolej ini telah mengorak langkah menjadi pusat latihan bertauliah kepada individu dan usahawan yang berminat menceburi perniagaan bakeri dan pastri.
Di antara pengajian yang disediakan adalah latihan bakeri dan pastri SKM (Sijil Kemahiran Malaysia ) Tahap 2 dan 3, latihan penyediaan makanan (kulinari) SKM tahap 2 & 3 serta program dan latihan keusahawan makanan. Latihan keusahawanan ini menyediakan kursus jangkapendek.
Nama institusi : Malaysian Food (Authentic) College (MFA)
Lokasi : Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor Darul Ehsan
Emel : bracollege@yahoo.com / mfaeducation.college@gmail.com