Hari ini kita layan perut dengan menu simple dan mengenyangkan. Ikut cara puan Jamilah buat mi ayam ni. Bahan-bahannya pun mudah dapat. Dapat semangkuk pun puas makan. Boleh dimakan tanpa kuah sup atau kalau yang suka menghirup sup panas-panas bolehlah dicampurkan sekali.
MI AYAM
Bahan-bahan:
Mi secukupnya – boleh guna mi pilihan sendiri (dicelur)
Sawi secukupnya – dicelur
Hirisan daun bawang – untuk tabur
Bawang goreng – untuk tabur
Bahan kuah sup
500ml air
Tulang ayam secukupnya
Daun bawang- dipotong panjang
2 ulas bawang putih -diketuk
Rebus semua bahan hingga didih dan masak. Masukkan garam,gula dan perisa secukupnya.
Bahan minyak ayam
kulit ayam secukupnya
1/4 cawan minyak
5 ulas bawang putih -dicincang
1 sudu teh minyak bijan
Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan goreng kulit ayam hingga garing. Kemudian angkat kulit ayam tadi.
2.Masukkan bawang putih cincang dan minyak bijan.
3.Goreng hingga kekuningan. Siap
Bahan kicap
1/4 cawan kicap masin
3 sudu besar air
Gula secukup rasa
Masuk kulit ayam goreng tadi. Letak sikit potongan daun bawang
Masak hingga didih dan tapis.
Bahan untuk ayam
500g isi ayam -dihiris
cendawan shitake/ cendawan tin secukupnya- dihiris.
3 ulas bawang putih -dicincang
1 biji bawang Holland -didadu
Kicap manis
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Bancuhan tepung jagung
Cara buat:
1.Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu,
2.Masukkan hirisan ayam ,gaul rata
3.Masukkan cendawan.
4.Masukkan sos tiram,kicap dan minyak bijan
5.Letak sikit bancuhan tepung jagung
6.Sesuaikan rasa dan masak hingga hampir kering.
Cara hidang:
1.Letak satu sudu besar kicap masin dan satu sudu besar minyak bawang.
2.Letak mi dan gaul hingga rata.
3.Letak sayur.
4.Letak ayam, cendawan
5.Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng.
6.Hias dengan kulit wantan goreng.
7.Sedia untuk dimakan
* Kalau suka boleh tambah kuah sup tadi
Kredit: Jamilah Nordin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official