Mi Calong Tulang, Sup Jernih & Kepok IKan

Share

 

Mi yang cukup terkenal di negeri pantai timur . Makan mi bersama sup jernih ikan dan wajib ada kepok ikan.

MI CALONG
BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ikan selar kuning/selayang
  • Ikan disiang asing isi ikan dn tulang ikan.
  • Isi ikan unttk buat kepok sahaja.
  • Tulang ikan untuk buat kuah calong.

BAHAN KUAH MI CALONG:

  • 15 ulas bawang merah/dimayang halus.
  • 2 labu bawang putih/dimayang halus.
  • 6 batang kulit kayu manis.
  • 5 biji cengkih
  • 5 biji pelaga
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya utk menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan ini ditumis hingga naik bau.
  2. Bawang itu biar ia masak kekuningan.
  3. Lepas itu isi tulang ikan tadi kacau sekejap.
  4. Kemudian baru isi air sebanyak mana yang nak.
  5. Akhir sekali isi bahan perasa secukup rasa yang dikehendaki.

BAHAN-BAHAN SOS:

  • Cili padi.
  • Sos cili

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Kisar cili padi, cili sos dan air masak sehingga halus.
  2. Ikut sebanyak mana hendak atau cair pekat sos tadi.

BAHAN HIASAN:

  • Daun bawang/sup.
  • Tauhu-digoreng dan potong kecil
  • Telur ayam/puyuh- direbus hingga masak.
  • Fishcake/digoreng hingga masak.
  • Kicap manis
  • Lada sulah.

BAHAN-BAHAN:

  1. Satu peket mi kuning/mi halus/mi lidi.

CARA MEMASAK:

  1. Untuk mi kuning dan mi halus direndam dengan air panas sekejap. Bila sudah lembut sedikit baru tos.
  2. Cara masak mi lidi/mi batang. Rebus air hingga menggelegak, masukkan mi lidi atau mi batang hingga mi terendam. Bila mi sudah timbul itu tandanya mi sudah masak.

BAHAN KEPOK IKAN:

  • Tepung ubi.
  • Garam
  • Isi ikan yang telah diasingkan dari tulang tadi.

CARA MENYEDIAKAN KEPOK IKAN:

  1. Isi ikan dikisar tanpa air sedikit demi sedikit sampai hancur.
  2. Ambil isi ikan yang dikisar tadi dan digaul dengan tepung ubi (masukkan sedikit demi sedikit). Digaul bersama garam dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
  3. Gaul isi ikan tadi sehingga tidak melekat dijari.
  4. Kemudian digentel bulat atau memanjang. Ikut citarasa anda.

CARA MEMASAK BEBOLA:

  1. Air dimasak hingga menggelegak baru isi kepok ikan yang digentel tadi Bila kepok ikan tadi sudah timbul itu tandanya ia dh masak.
  2. Kemudian angkat dan toskan.
  3. Ikut citarasa anda jika hendak goreng atau rebus terpulang.
Published by
Zera Naim