CARA MEMASAK : 1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .. 2. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. 3. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi, kali ini rebus sehingga daging empuk.Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
.
4. Sementara daging kita empuk , anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering,kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
.
5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.Masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. 6. Rebuslah dengan api perlahan, sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
CARA HIDANGAN: 1. Masa nak makan tu kan bolehlah letak kicap, perah asam limau, letak sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Telur dadar sedap dimakan dengan apa sahaja. Boleh dimakan dengan nasi, bubur ataupun roti. Jom kita cuba buat telur dadar yang comel. Budak-budak pun boleh makan. Mesti mereka suka sebab comel. Tapi kalau nak buat untuk budak-budak, jangan letak cili padi tau.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
1 tangkai daun sup (hiris)
3 keping keju (dikoyak-koyak)
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam satu demi satu. Kacau sebentar.
2. Masukkan capsicum, bawang, cili padi, daun sup dan keju.
3. Panaskan kuali rata. Sapukan marjerin pada kelongsong telur benjo.
4. Letakkan marjerin dalam kelongsong. Masukkan sedikit adunan telur.
5. Biarkan sehingga masak dan angkat.
6. Ulangi sehingga adunan habis.
Pasti ramai yang suka makan Sambal Sotong Kembang. Selalunya hidangan ini dimakan bersama nasi lemakatau nasi putih. Namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Melalui perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ( Dapur Cheyah), beliau kongsikan resipi Sambal Sotong Kembang mudah dan sedap yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL SOTONG KEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang
8-9 biji cili kering besar
4 biji bawang merah – kisar
1/2 biji bawang holland – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia – kisar
1/2 inci belacan bakar – kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan. Kisar halus. Ketepikan.
2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang biji dan kisar hingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian barulah dimasukkan kisaran cili kering.
4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.
7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.
8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.
9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...