Mi dan bihun simple ini memang sedap untuk berbuka dan sahur. Kadangkala bosan juga asyik makan nasi kan? Empat jenis mee dan bihun ini antara yang paling popular.
Selamat mencuba!
Mi Dan Bihun Simple Untuk Hidangan Berbuka Dan Sahur
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Sedapnya Mi Rebus Johor. Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk keluarga di hari cuti nanti, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu.
Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Istimewanya resipi ni, kuahnya menggunakan rencah udang basah & juga udang kering. Patutlah padu.
Malah beliau juga bermurah hati kongsi resipi langkah demi langkah ni. Jadi senanglah nak cuba. Jom kita lihat bahan-bahannnya.
Hari ni jom masak kue tiaw sup chinese style. Buatnya sangat simple dan serius sedap.Tak sampai 30 minit dah setel semuanya. Makan pula time hujan, hirup sup yang panas memang best.
KUE TIAW SUP CHINESE STYLE
Bahan Sup: Ayam bahagian dada 1 inci halia-potong nipis Fish ball ½ kiub pati ayam ½ kiub pati bilis 2 sudu minyak zaitun (tak ada pun tak apa) Garam & air secukupnya
Bahan lain: Kue tiaw basuh bawah air mengalir /bihun dicelur Pak Choy belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap) Daun sup dan daun bawang potong kecil Fish cake, goreng dulu kemudian potong nipis Isi ayam yang dicarik Bawang putih goreng dan minyak (tumbuk halus dan goreng) Cili potong dan kicap (Nak lagi sedap cili tu potong dan goreng kejap baru masukkan kicap masin dan manis)
Cara memasak: 1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak. 2.Masukkan pati ayam, pati bilis, minyak zaitun dan fish ball. 3.Tambah air dan perasakan dengan garam. 4.Masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak. 5.Semasa ni boleh celur pak choy, kejap je. Angkat dan toskan. 6.Dah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik. 7.Siap untuk dinikmati.