Makan

Mi Goreng Kicap, Resipi Simple Tapi Rasanya Tip-Top!

Share

Nak menu yang cepat, mudah dan sedap? Mi Goreng Kicap adalah pilihan yang tepat. Hidangan ini memberi rasa seimbang yang memuaskan. Guna Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma dalam hidangan. Tambahkan juga keju Chesdale Topping untuk hidangan ala-ala ramen. Sedap dan menjadi!

 

MI GORENG KICAP

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 1 paket mi kuning
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 ikat sawi
  • 10 ekor udang | kisar kering
  • 4 ulas bawang putih | kisar kering
  • 1 biji bawang merah | kisar kering
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 keping fish cake
  • 2 keping Chesdale Topping
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun bawang | untuk hiasan
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan Anchor Unsalted Butter, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar. Masukkan cili kisar dan udang kisar. Gaul rata. Masukkan fish cake dan masak hingga naik bau. Masukkan kicap manis dan sos tiram, kemudian masukkan mi kuning.
  2. Masukkan sawi dan gaul sebati. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan Mi Goreng Kicap di dalam pinggan. Tambahkan Chesdale Topping di atasnya ketika Mi Goreng Kicap masih panas. Taburkan daun bawang untuk hiasan.
  4. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma