Mi Goreng Lada Hitam, Pasti Tak Cukup Sepinggan

Share

Anda peminat mi goreng? Dapat pula mi goreng basah, memang tak cukup sepinggan. Minum petang ni jom masak mi goreng lada hitam. Mi goreng ni simple saja tapi memang sedap. Kalau tak nak kosong boleh letak ayam, udang dan sayuran seperti sawi dan tomato.Korang kena cuba. Memang kena dengan tekak bila dapat menikmati mi ni.

MI GORENG MERICO(LADA HITAM)

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar-sederhana besar
  • 3 tangkai cili besar -hiris serong
  • 5 tangkai cili padi-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 3 sudu besar lada hitam tumbuk kasar

Bahan-bahan tambahan:

  • Udang kering
  • Dada ayam -dadu
  • Fish cake- potong dadu
  • 2 biji telur
  • Sawi
  • Taugeh
  • Tomato belah dua

Cara memasak:

1.Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam.

2.Dah layu masukkan ayam dan fishcake.

3.Bila ayam dan fishcake dah masak,ketepikan semua pecahkan telur

4.Kacau-kacaukan.

5.Masukkan mi yang dah direndam dengan air suam dan lada hitam gaul rata.

6.Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata.

7.Tambahkan 7-8 sudu besar  sos cili.

8.Gaulkan.

9.Tambahkan kicap kipas udang dan sedikit air.

10.Biar kejap semua bahan tu serap sebati dengan mi.

11.Baru tambah garam sedikit dan perasa.

12.Akhir sekali, tambahkan sayur gaulkan dan siap untuk dihidang.

Kredit: Azlina Ina

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri