Makan

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas, Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Share

Mi goreng mamak basah dan pedas memang sedap. Mesti ramai juga yang cuba membuatnya di rumah tapi tak menjadi kan.

Hasilnya mee tak basah dan jadi kering bila siap dimasak. Sebenarnya untuk dapat mee yang basah dan bersalut dengan telur ini ada tekniknya.

Caranya dikongsi oleh Shahmlah JD. Jom cuba hari ni.

Cara buat mi goreng mamak versi basah dan pedas

Bahan-bahan

600g mi kuning
1 bawang besar
5 ulas bawang putih -dikupas dan dihancurkan
1 tomato -dihiris
3 biji telur saiz besar
2 cili hijau -dihiris
2 tauhu dipotong kecil
10 fish ball -dipotong separuh
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Sawi -dipotong
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah -goreng dan dikisar kasar
2 cawan air (cawan pengukuran)
Garam secukup rasa

Bahan dikisar

8 ulas bawang putih
1 ulas bawang saiz kecil
15g ikan bilis
5g udang kering
5 tangkai cili kering (tambah jika ingin lebih pedas)

Cara memasak

1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali kemudian tumis bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga naik bau.

2.Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.

3.Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.

4.Kemudian tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.

5. Selepas mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.

6. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam kurangkan memandangkan sudah ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.

7. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.

8. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Shahmlah JD

Baca Lagi: Resipi Maggi Goreng Special Sedap Macam Dekat Restoran Mamak

 

Published by
Rose