Mi Hailam Menu Ringkas & Sedap Untuk Berbuka.

Share

Kepada anda yang tidak taksub dengan menu nasi semasa berbuka puas, apa kata cuba menu Mi Hailam. Ia hidangan yang mudah disediakan dan tak perlulah duduk lama di dapur. Mi ni sangat sedap dinikmati panas-panas. Sebaiknya anda boleh siapkan bahan-bahan terlebih dahulu, 15 minit lagi nak berbuka, baru masak. Nak resipi boleh cuba di sini.

MI HAILAM


BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning
400gm ketul ayam
3-4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sayur sawi
1 batang lobak merah | hiris batang mancis
1 biji cili merah | hiris
2-3 cawan air
1 sudu makan tepung jagung | dicampur dengan sedikit air
Garam, dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili kering

BAHAN HIASAN:
Daun sup | hiris
Bawang goreng
1 biji cili merah besar | hiris

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi.


2. Masukkan ketulan ayam yang dipotong kecil ( jika suka boleh tambah udang dan sotong) dan kacau hingga ayam masak.
3. Tambahkan ke dalamnya air, diikuti hirisan lobak merah dan batang sawi. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan pula semua jenis sos dan kicap. Kacau lagi supya semuanya bercampur sebati.
5. Seterusnya masukkan daun sawi dan cili merah, bancuhan tepung jagung, garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masuakkan mi kuning, gaul rata lebih kurang 2 minit, lalu tutup api.
7. Mi Hailam sedia dihidangkan, masukkan bawang goreng, hirisan cili merah, hirisan daun sup di atas nya sebagai hiasan

Kredit : Norita Azrol
Menu Masakan Kampung

Published by
webadmin