Mi Hailam Versi Mariana, Resipi Gerenti Jadi Memang Sedap Betul

Share

Mi hailam ni memang banyak versinya tetapi min tertarik dengan resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal dalam FBnya. Banyak perencahnya.

Berkhasiat manis dengan sayur-sayuran segar, ada pulak ayam, udang dan sotong memang terbaiklah. Tengok rupa pun dah tahu sedap. Ini resipi kesukaan anak-anaknya. ” Saiz hidangan untuk 10- 12 orang makan bolehlah dimakan berulang-ulang,” kata Marliana

MI HAILAM VERSI MARIANA ZAINAL



.

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering | belah tengah buang biji dan rendam air panas sekejap
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

(kisar halus semua bahan ini dengan sedikit air)

BAHAN LAIN:

  • 2 senduk minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan kicap manis – beli online DI SINI
  • 1/4 cawan kicap masin – beli online DI SINI
  • 6 susu makan sos tiram – beli online DI SINI
  • 2 sudu makan sos cili – beli online DI SINI
  • Sedikit serbuk perasa- beli online DI SINI
  • 1 jag air atau 2 liter air | untuk kuah
  • 5 biji telur | sangat disukai anak-anak Mariana bila makan mi hailam
  • 3 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air -beli online DI SINI
  • 1 batang lobak | dipotong-potong
  • 1 paket putik jagung | dipotong serong
  • 2 biji tomato _sebiji dibelah 4
  • Ayam secukupnya | dipotong kecil
  • Sedikit udang atau sotong | kuah lagi rasa sedap sebab ada rasa air udang
  • Bebola ikan | jika suka

BAHAN SAMPINGAN:

  • Mi kuning | celur sekejap dan toskan
  • Sawi celur | celur hingga lembut
  • Cili padi | dipotong

CARA MEMASAK :


1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing. Boleh masukkan sedikit bahan perasa jika suka
2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sekejap
3. Masukkan ayam, kacau sekejap dan masukkan air.
4. Apabila kuah dah mendidih, masukkan lobak merah dan putik jagung, biarkan dalam seminit dua dan masukkan sotong, udang, bebola ikan dan tomato.
5. Masukkan juga larutan tepung jagung. Biarkan mendidih dan pecahkan telur, jangan kacau.


6. Biarkan telur masak seketika.Sesuaikan rasa, jika kurang masin tambah sedikit garam atau kicap masin
7. Hidangan sedia dinikmati


.

Kredit foto & resipi : Mariana Zainal

 

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI:

https://www.rasa.my/biskut-ais-krim-jalur-gemilang-cipta-memori-manis-menuju-hari-kemerdekaan/

Published by
Faridah Talib