Bosan dengan menu yang sama atau mahukan kelainan. Boleh saja sediakan menu mi yang tidak membosan dan disukai sekeluarga. Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Rempah ratus yang digunakan memberikan aroma yang menyelerakan. Dikongsikan resipi enak ini.
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebus dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
Bahan untuk rempah tumis:
Ads
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | hiris nipis
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
Ads
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
Ads
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minum petang hari ini teringin masakan western. Menu simple yang mudah dan kesukaan anak-anak. Spagheti Aglio Olio ni bila diletakkan udang, sotong, sosej dan sebagainya memang boleh menambah makan. Masak untuk berbuka puasa pun enak. Bagi yang sukakan pedas, boleh lebihkan sikit chili flakes dengan lada hitam.
SPAGHETI AGLIO OLIO
Bahan-bahan:
1 paket spagheti
10-15 ekor udang
5-6 ekor sotong
2 batang sosej
4 ulas bawang putih
1 sudu besar chili flakes
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar serbuk oregano
5 tangkai cili kering
1 kiub ayam
2 keping cheese
Tomato
Lada benggala
Cara memasak:
Mula-mula, rebuskan spagheti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapis. Simpan sikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3.Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Kemudian masukkan pula sedikit air rebusan spagheti tadi.
Suka makan Char Kuey Teow? Kenapa mesti berbaris panjang menunggu hanya nak makan sepinggan kue teow. Lepas ini buat sendiri senang sangat nak buat, boleh letak udang banyak-banyak, ikut selera. Resipi, jangan risau, admin kongsi…
CHAR KUAY TEOW BUJANG
BAHAN-BAHAN:
250gm kuay teow-cuci dan tos
4-6 ekor udang-bersih dan tos
1 ekor sotong-hiris bulat, bersih dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
1 biji telur
Sedikit hirisan daun kucai
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih-titik
2 ulas bawang merah-cincang
1 sudu besar pes cili
3 tangkai cili padi-titik
½ sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuey teow. Setelah kuah pekat, masukkan telur.
Langkah 5: Masukkan kicap pekat.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kuey teow sedia dihidangkan.
Resipi kuah Sup Siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis. Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Mudah, enak malah tak guna banyak belanja. Sesuai juga dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung. Selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU SUP SIAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
4 ketul dada ayam
1/2 kg kaki ayam
2 inci halia – dititik
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
Sos tiram secukupnya
Sos sotong secukupnya
Kicap secukupnya
2 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
Daun ketumbar & akar ketumbar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
Tauge
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.