Untitled design - 2021-04-02T111454.450

Siapa saja tidak menggemari mi kari. Bila dihidangkan dengan kuah yang penuh dengan isi seperti ayam, udang , kerang dan sebagainya memanglah kenyang. Rezeki anak-anak, malam ini mama masakkan hidangan istimewa untuk sekeluarga nikmati.

Mi Kari Chinese Style, Isi Padat Dan Padu Kuahnya
Mi Kari Chinese Style
Bahan-bahan:
1 bungkus mi – celur
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging(saya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan segar
Tauhu kering
Fish cake / fish ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau nipis.
Kacang panjang- celur

Mi Kari Chinese Style, Isi Padat Dan Padu Kuahnya
Sambal:
1.Segengam cili kering kemudian rebus sekejap, bila dah masak atau kembang, kisar bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan secubit gula.

Cara penyediaan kuah kari :-
1.Panaskan periuk, letakkan minyak dan goreng serai sebentar.Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan,masukkan rempah kari yang telah dicampur satu mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak kemudian masukkan santan. (sukatan santan agak-agak jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kalau tadi letak santan pekat segar,lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
3.Biar kuah mendidih.Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau anda makan ajinomoto masukkan sekali.Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering.

IKLAN

Mi Kari Chinese Style, Isi Padat Dan Padu Kuahnya
Sumber : cik puan julieta

Resipi Bakso Sedap Macam Di Kedai

IKLAN

Resipi Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Mudah Buat.

Buat Laksa Beras Homemade Puas Makan. Boleh Berkali Nikmatinya

IKLAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI