Bagi peminat mi kari, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan Mi Kari Chinese Style ini. Nampak pun sedap, apatah lagi saat menikmatinya.
Kuahnya sederhana, tidak pekat dan tidak cair. Inilah antara salah satu faktor membuatkan mi kari ini menjadi kesukaan ramai.
Kali ini, ikuti perkongsian resipi Mi Kari Chinese Style yang diolah sendiri oleh Suriani Mohd. Memang nampak sedap dan menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
Udang
Rempah 3 sekawan – Boleh beli online di sini
3 batang serai (dititik) – Boleh beli online di sini
3 biji bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar) – Boleh beli online di sini
4 sudu rempah kari
1 sudu serbuk cili – Boleh beli online di sini
Sedikit serbuk kunyit
Ayam yang dipotong kecil
Fish cake
Fish ball
1 kotak santan 500ml – Boleh beli online di sini
Tauhu kering 4 segi
Tauhu pok
CARA MEMASAK:
Rebus udang dahulu dan asingkan air rebusan. Ada juga yang letak udang kering atau ikan bilis. Bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Tumis tiga sekawan, serai yang dititik, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar sampai pecah minyak.
Masukkan pula rempah kari, serbuk cili dan sedikit serbuk kunyit.
Kemudian, masukkan air rebusan kulit udang yang telah dikisar dan ditapis tadi.
Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan ayam. Boleh juga ayam tersebut direbus asing dan kemudiannya dicarik-carik.
Kemudian, masukkan pula fish cake dan fish ball.
Setelah itu, barulah dimasukkan santan kotak 500ml.
Campurkan juga air sebanyak 2 kotak santan tadi mengikut kepekatan kuah yang diingini.
Masukkan tauhu kering empat segi yang dipotong panjang.
Diikuti dengan tauhu pok yang telah dipotong.
Setelah siap dimasak, barulah taburkan udang yang telah direbus tadi di atas kuah kari.
Siap dan sedia dinikmati.
Kredit: Suriani Mohd
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official