Sapa suka makan mi kicap ? Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat di Ipoh. Kini menu ini sangat digemari oleh berbilang bangsa. Ia sedap dihidangkan dengan sup bebola ikan dan sambal cili. Boleh buat untuk menu sarapan dan juga makan malam jika mahukan hidangan yang ringkas. Sedapkan sesekali tukar selera. Menu yang paling simple, cepat dan mudahkan.
Mi Kicap
Bahan-bahan:
Mi wantan, boleh guna mi kering
Bawang putih -tumbuk halus
Lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
Sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
Minyak bijan-BELI ONLINE DI SINI
Kicap pekat & kicap manis
Garam & gula secukup rasa
Tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
Mi kering dan sayur sawi celur sekejap.
Ayam guna bahagian dada sahaja.Perap dengan kicap masin, kicap manis & lada sulah kemudian goreng.
Daun bawang sebagai hiasan
Ads
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
2.Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa. Akhir sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat.
3.Masak sehingga kuah mendidih padam api.
Cara penyediaan:
1.Mi yang telah ditos tadi masukkan dalam bekas.
2.Gaulkan dengan sedikit kuah kicap kemudian tuang dalam mangkuk.
3.Ayam yang digoreng tadi hiris nipis susun atas mi bersama sayur.
4.Tuang sedikit kuah kicap tadi, hias sedikit daun bawang siap. Simple saja.
Kredit resipi : Cik puan julieta
Ads
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.
PES IKAN BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cili boh
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sampai lumat.
Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
Tumis sampai pecah minyak.Siap!
CARA BAKAR IKAN:
Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.
Tip masak kurma sedap, letak bawang goreng. Menurut Kamariah Hashim yang berkongsi resipi, ini adalah cara beliau praktikan setiap kali menyediakan masakan kurma baik kurma ayam atau daging.