Nak makan mi kolok ni sekarang dah makin mudah. Kat Selangor dan KL ni ada aje dijual. Sup dan gandingan cili kicap tu memang syoklah memakannya.

Sekali sekala jom tukar selera makan mi sarawak lah pulak. Jom semak resipi dari Hidayah Syibly ni…

MI KOLOK


Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

BAHAN-BAHAN :

  • Mee Kolok (contoh gambar mee kolok dalam gambar)
  • Cuka – jgn byk nanti masam.
  • Sos ikan – jgn banyak nanti dia berbau x best
  • Serbuk lada putih
  • Minyak bawang putih
  • Sos tiram
  • Kicap

CARA PENYEDIAAN:
1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.

Ads

Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

2. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaulkan dengan mee yang telah dicelur. Ketepikan dalam satu bekas.

Bahan sup :

  • Daging lembu setengah kilo
  • Serbuk lada hitam
  • Kiub pati lembu 2/3 kiub
  • Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) – sikit je jangan banyak sebab ni clear sup, tak mau rasa rempah menguasai rasa sup.
  • Sup bunjut (optional)
  • Bahan perasa
  • Garam, gula
  • Halia diketuk.

CARA MASAK DAGING :
1. Rebus daging hingga empuk. – Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dn buah pelaga, sup bunjut dan halia. – Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. – Keluarkan daging, ketepikan..

Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

2. Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.
3. Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.
4.Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
5.Ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

Bahan cili kicap :

Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

  • cili padi
  • bawang putih
  • perahan jus limau
  • kicap
  • sedikit garam jika menggunakan kicap manis
  • blend semua bahan di atas, ketepikan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan tabur :

Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

Ads
  • Taugeh
  • Sawi celur
  • Fish cake (optional)
  • Bawang goreng
  • Hirisan daging (rujuk di atas)
  • Hirisan daun sup dan daun bawang
  • Tomato hiris

Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
.

Selamat mencuba!!
.
Kredit Resepi: Hidayah Syibly
FB : Aneka Resipi Kampung

 

ANDA INGIN MEMBELI PETI SEJUK BARU, JOM LAYARINYA DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO INI : 

Ads

DAN JUGA RESIPI- RESIPI INI :

 

Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je

Mi Champa Punya Lah Sedap. Berpeluh Satu Badan.

https://www.rasa.my/mi-hailam-versi-mariana-resipi-gerenti-jadi-memang-sedap-betul/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI