Mi kuah antara idea hidangan yang sesuai untuk makan malam. Bukan saja sedap tapi cara penyediaannya juga ringkas dan sangat mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.
Untuk mi kuah stail utara yang dikongsi oleh Intan Syahira, ia menggunakan tulang dengan kuah yang pekat kerana dimasukkan keledek kisar. Rasanya memang enak dan cara membuatnya tetap mudah.
Cara buat mi kuah tulang cara utara
Bahan-bahan
Mi kuning -dicelur dan ditos
Daging bahagian tulang -direbus (simpan air rebusan untuk kuah)
2 sdb rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah -direbus dan dikisar
Serbuk perasa
Garam dan gula
Sedikit kicap lemak manis (untuk rasa dan warna kuah yang gelap)
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Bahan hiasan
Tauhu -digoreng dan dipotong dadu
Cili merah -dihiris
Telur rebus -dibelah dua
Tauge
Tomato dipotong
Cara memasak
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang sekali untuk kuah. Masukkan ubi keledek yang dikisar. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dengan sos cili, kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Biarkan kuah agak pekat kemudian boleh tutup api.
5. Kemudian oleh tuangkan kuah di atas mangkuk berisi mi kuning. Taburkan dengan bahan hiasan dan sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Intan Syahira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mee Wantan Kicap Sedap & Sup Bebola. Senang Je Cara Buatnya
Sedapnya Mee Wantan Kicap ni. Ia merupakan salah satu hidangan mi ringkas yang membangkitkan selera dan menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan pula bersama hirisan ayam, wantan goreng dan sup. Fuhhh….Memang sangat sempurna dan mengenyangkan. Nak cuba? Saudari Lely Shuhada Shaari ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK MEE WANTAN KICAP & SUP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Mi wantan – beli online disini
Sayur Pak Choi secukupnya – celur
BAHAN WANTAN GORENG:
1 bungkus kulit wantan – beli online disini
Isi ayam secukupnya – cincang / kisar hancur
Lada sulah secukupnya – beli online disini
Serbuk lada hitam secukup rasa – beli online disini
Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang
BAHAN AYAM:
5-6 ketul ayam
1 liter air @ secukupnya
2 inci halia
Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukup rasa – beli online disini
Sos tiram secukup rasa – beli online disini
Sos cili secukup rasa – beli online disini
BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
Bebola ikan / bebola ayam/ bebola sotong secukupnya
1-2 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
SedikIt halba campur – beli online disini
Garam secukup rasa
BAHAN KICAP MEE:
2-3 sudu makan kicap manis – beli online disini
2-3 sudu makan kicap pekat (jika tiada, boleh ganti dengan sos tiram) – beli online disini
Sos cili secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam / lada sulah
CARA MEMASAK:
MEE WANTAN:
1. Leraikan mi kemudian celur dalam air panas selama 3 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
WANTAN GORENG:
1.Satukan semua bahan-bahan untuk membuat inti wantan. Gaul semua bahan diatas sampai sebati.
2. Ambil kulit wantan, masukkan inti dengan secukupnya dan bunjutkan.
3. Panaskan minyak masak, goreng wantan tadi hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya.
AYAM:
1.Panaskan air didalam periuk dan masukkan halia.
2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi. Biar merebus hingga ayam masak.
3. Bila ayam kelihatan empuk, angkat dan toskan.
4. Gaulkan ayam bersama kicap, sos tiram serta sos cili dengans ecukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja dan secukup rasa.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ayam tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
SUP:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah. Bawang putih dan sedikit halba campur hingga naik bau.
2. Tuang air rebusan ayam. Sebatikan.
3. Rasa sup. Jika kurang rasa, tambahkan garam dengan secukupnya.
4. Masukkan semua bebola yang ada. Kacau dan biarkan sup mereneh. Angkat dan ketepikan.
KICAP MEE:
1.Satukan semua kuah kicap dan sebatikan. Didihkan seketika dan angkat.
CARA MENGHIDANG:
1.Masukkan mee wantan, sup bebola dan kicap mee secukupnya ke dalam mangkuk.
2. Letakkan ayam, wantan goreng dan pak choi celur.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Lely Shuhada Shaari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu
Resipi Kuih Lapis Coklat Pandan Paling Mudah. Bahan Hanya Sukat Guna Cawan Je
Resipi Puding Roti Pandan Layer. Sedap Rupanya Patutlah Viral!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sizzling Yee Mee Ala Food Court Sedap Buat berbuka
Sizzling yee mee ala food court ini tak kurang sedapnya. Sesuai dimasak untuk berbuka nanti. Mesti anak-anak teruja. Tak kalah sedap daripada yang biasa makan di food court. Lagi best kita boleh tambah bahan apa saja yang kita suka. Kalau ada sizzling plate tu lagi best. Tapi kalau tak ada tak mengapa.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Shai Anne Ahemed ini ye. Selamat mencuba!
Sizzling Yee Mee Ala Food Court
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk Kuah:
1 mangkuk ayam – potong kecil
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian – boleh beli online di sini
1 inci halia -hiris nipis – boleh beli online di sini
10 tangkai cili kering -potong – boleh beli online di sini
1 ketul kiub ayam – boleh beli online di sini
5 ulas bawang putih -cincang – boleh beli online di sini
1 sudu kecil serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
3 sudu besar tepung jagung -dilarutkan dalam sedikit air –boleh beli online di sini
1 senduk kicap pekat
Sedikit gula – boleh beli online di sini
1 senduk sos tiram
Garam – boleh beli online di sini
Sesudu besar minyak bijan –boleh beli online di sini
1 liter air
Bahan-Bahan lain:
1 bungkus yee mee (Boleh jugak guna mee kuning, kueh tiaw & nasi putih pun sedap)
Telur
Pak choy
Cara Memasak:
Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar. Tutup periuk supaya ayam masak sepenuhnya.
Kemudian masukkan air, diikuti cendawan shiitake dan cendawan lain yang disukai.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
Sediakan sizzling plate (jika ada), letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pak choy. Masak sekejap hingga mee lembut.
Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yg ingin disediakan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sedap dan Mudah, Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
3 Idea Resipi Mi Untuk Jamu Selera Cuti Di Rumah
Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
MI KARI ALA NYONYA
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
MI SIAM SINGAPURA
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
MI GORENG DAGING
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba!