Mi kuah antara idea hidangan yang sesuai untuk makan malam. Bukan saja sedap tapi cara penyediaannya juga ringkas dan sangat mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.
Untuk mi kuah stail utara yang dikongsi oleh Intan Syahira, ia menggunakan tulang dengan kuah yang pekat kerana dimasukkan keledek kisar. Rasanya memang enak dan cara membuatnya tetap mudah.
Cara buat mi kuah tulang cara utara
Bahan-bahan
Mi kuning -dicelur dan ditos
Daging bahagian tulang -direbus (simpan air rebusan untuk kuah)
2 sdb rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah -direbus dan dikisar
Serbuk perasa
Garam dan gula
Sedikit kicap lemak manis (untuk rasa dan warna kuah yang gelap)
Ads
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Bahan hiasan
Tauhu -digoreng dan dipotong dadu
Cili merah -dihiris
Telur rebus -dibelah dua
Tauge
Tomato dipotong
Cara memasak
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang sekali untuk kuah. Masukkan ubi keledek yang dikisar. Masak hingga mendidih.
Ads
3. Perasakan dengan sos cili, kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Biarkan kuah agak pekat kemudian boleh tutup api.
5. Kemudian oleh tuangkan kuah di atas mangkuk berisi mi kuning. Taburkan dengan bahan hiasan dan sedia dihidangkan.
Malam ini teringin nak buat bakso. Harapnya rasa sedap macam di kedai. Hidangan ini enak dihidangkan untuk bila-bila masa pun. Kesedapan bakso terletak pada kuahnya. Kalau sedap pasti puas makan.
BAKSO
Bahan-bahan kuah bakso: • 10 biji bawang merah • 5 ulas bawang putih • 3 biji buah keras • 2 inci halia
Cara memasak: 1.*Kisar dan tumis semua bahan di atas. Tumis hingga agak garing dan naik bau. 2.*Masukkan tulang lembu/daging sedikit untuk bagi lagi bangkit kuah tu. 3.*Masukkan air secukupnya. 4.*Lada putih biji 1 sudu besar tumbuk. Masukkan ke dalam kuah. 5.*Perasakan gula garam. 6.*Masukkan bebola daging. 7.*Renehkan hingga pecah minyak.
Resipi Sambal Lada •Cili api segenggam (optional) •cili kering yg direbus (dlm 5 keping je) •1 sudu kecil cuka • 1 ulas bawang putih •sedikit kuah sup •garam gula * blend semua bahan di atas
Bahan lain •Sos cap tamin/Mudim •kicap tamin Sumber : Fara lome
Nampak macam ala-ala, tapi mi segera goreng bujang ini memang sedap, pedas terangkat, lima minit siap boleh makan. Orang bujang wajib cuba sebab senang dan sedap, kalah mi segera goreng mamak. Jadinya cuba dulu baru tahu…
MI SEGERA GORENG BUJANG
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera | rebus seketika dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
Sedikit hirisan fish cake
Sedikit hiris sawi
Sedikit hirisan kobis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili padi merah | hiris
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Sedikit garam jika perlu
Sedikit minyak masak untuk menumis
DIY MEMASAK:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih serta cili padi hingga wangi.
LANGKAH 2: Masukkan fish cake dan isi ayam, kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan mi segera dan kacau lagi.
LANGKAH 4: Masukkan sayur-sayuran (sayur ni ikut suka)
LANGKAH 5: Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.
LANGKAH 6: Akhir sekali masukkan sos cili, gaul rata sehingga cukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Mendengar celoteh pelakon dan pengacara Sharifah Shahira atau Shira memang tidak kering gusi ketawa. Ada saja gurau sendanya yang mencuit hati. Istimewanya kali ini selebriti ini digandingkan pula dengan Dato’ Chef Wan. Maka gamatlah suasana sepanjang sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang Ramadan nanti
Berkongsi Nostalgia Ramadan bersama selebriti yang berasal dari Pahang ini mengakui antara masakan yang digemarinya ialah gulai tempoyak, sambal belimbing dan kulat sisir. Seingat Shira emak akan masak seperti orang dulu-dulu antaranya ikan cencaru belah belakang. Tambah Shira keluarganya menyukai mi yang berkuah.
Shira akui dia paling menyukai laksam.“ Nak cari laksam yang menepati selera memang sukar. Kami dulu buat sendiri. Arwah nenek menyediakan palang khas untuk menjemur tepung ini dikukus. Bancuhan tepung perlu dibuat sebaiknya. Kuahnya juga tidak manis, isi ikan dirasai, sedikit campuran lada hitam ,bunga kemangi dan dimakan dengan sambal. Itulah ramuan laksam paling sedap. Laksam ni kita buat untuk dijual juga,” cerita Shira.
Mi kari juga amat digemari Shira dan menjadi menu wajib di kala Ramadan. Kalau sudah buntu tidak tahu nak makan apa, itulah menu menyelerakan , makan sehingga waktu sahur. Manakala manisan pula Shira menyukai Puding diraja .
Dato’ Chef Wan menyediakan dua masakan yang digemari oleh selebriti ini dengan olahan istimewa iaitu Mi Kari dan Agar Agar Pandan. Sungguh menyelerakan untuk idea berbuka puasa nanti.
MI KARI Bahan-bahan:
350gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200gm bebola ayam (dibelah dua)
100gm kek ikan
150gm udang ( dibersihkan dan dibuang kulit kecuali ekor)
600gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200gm taugeh (dibuang ekor dan dicelur)
2 keping tauhu lopong ( tauhu pok)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
45gm rempah kari daging basah
500ml (2 cawan) santan cair (diperah dari pada 1 biji kelapa parut)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3cm ( 1 inci ) kulit kayu manis
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato (dipotong kecil)
3 tangkai daun kari
625ml air ( 2 ½ cawan)
1/2 sudu teh garam
2-3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
Daun pudina
Stok rebusan udang
Pes rempah:
3 ulas bawang merah }dikupas
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2cm halia }dikupas dan dihiris
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
2.Masukkan daun kari dan udang kering. Kemudian masukkan rempah kari daging basah dan goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sedikit udang untuk perasa. Masukkan santan dan stok rebusan udang lalu kacau sebentar.
4.Masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu lopong.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Masukkan segenggam daun pudina dan dua batang daun bawang yang sudah dipotong.
7.Kacau dan biar ia didih untuk seketika. Masukkan bawang goreng. Biarkan seketika untuk udang masak dengan betul.
8.Sedia untuk dihidang.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
30gm agar-agar tali
2 cawan santan pekat
600ml air
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
1 cawan gula pasir
PENYEDIAAN AGAR-AGAR:
1.Sukat air masak sebanyak 600 ml dan masukkan ke dalam periuk.
2.Rendamkan agar-agar dan masukkan secawan gula pasir.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kacau
PENYEDIAAN ADUNAN SANTAN DAN PANDAN:
1.Masukkan santan pekat dan boleh tambahkan air jika tidak cukup
2.Masukkan 100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
3.Masukkan telur dan 2 cubit garam.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan adunan santan dan air pandan ke dalam agar-agar.
2.Kacau dan pastikan adunan itu tidak pecah untuk seketika.
3.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4.Biarkan agar-agar sejuk seketika dan boleh dinikmati.
Resipi Kubis Gulung yang sangat mudah, sedap dan membuka selera. Sajian ini juga sesuai untuk anda yang sedang diet dan gemarkan hidangan rendah kalori.