Mi kuah antara idea hidangan yang sesuai untuk makan malam. Bukan saja sedap tapi cara penyediaannya juga ringkas dan sangat mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.
Untuk mi kuah stail utara yang dikongsi oleh Intan Syahira, ia menggunakan tulang dengan kuah yang pekat kerana dimasukkan keledek kisar. Rasanya memang enak dan cara membuatnya tetap mudah.
Cara buat mi kuah tulang cara utara
Bahan-bahan
Mi kuning -dicelur dan ditos
Daging bahagian tulang -direbus (simpan air rebusan untuk kuah)
2 sdb rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah -direbus dan dikisar
Serbuk perasa
Garam dan gula
Sedikit kicap lemak manis (untuk rasa dan warna kuah yang gelap)
Ads
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Bahan hiasan
Tauhu -digoreng dan dipotong dadu
Cili merah -dihiris
Telur rebus -dibelah dua
Tauge
Tomato dipotong
Cara memasak
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang sekali untuk kuah. Masukkan ubi keledek yang dikisar. Masak hingga mendidih.
Ads
3. Perasakan dengan sos cili, kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Biarkan kuah agak pekat kemudian boleh tutup api.
5. Kemudian oleh tuangkan kuah di atas mangkuk berisi mi kuning. Taburkan dengan bahan hiasan dan sedia dihidangkan.
Mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Jarang kita merasai mee hailam sedap ni kerana banyak kedai banyak la rasanya dan ada juga yang nampak sedap tapi ‘pangkah X laju-laju’. Untuk penggemar mee hailam boleh la cuba, penyediaannya sangat simple dan rasanya juga sedap.
RESIPI MEE HAILAM SEDAP
Bahan-Bahannya:
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap
Air (Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Hari ini nak masak yang istimewa tambah pula ada tetamu nak datang ke rumah. Selain nasi,mi antara yang menjadi kegemaran ramai. Mi Kari chinese style menjadi kegemaran ramai kerana
rasanya yang pedas berlemak digabungkan dengan rasa kenyal mi. Tambah enak digandingkan dengan tauhu , fish ball, telur rebus dan pelbagai lauk lagi.
Mi Kari Chinese Style
Bahan
Segengam cili kering – kisar utk sambal
2 biji bwg besar – kisar
3 ulas bwg putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
Cara penyediaan kuah kari :-
1.Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar…kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
3.Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.
Orang Malaysia sekarang ni ramai yang suka dengan pasta terutama golangan muda. Tapi kalau asyik makan pasta dengan sos balognes, kabonara, Aglio Olio atau sebarang sos berkrim, muak jugakan. Apa kata, korang cuba pulak jodohkan pasta dengan kuah citarasa tempatan atau senang cerita sesuai dengan tekak orang kita. Korang boleh cuba ni.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni | rebus dan tos
200gm daging | rebus dan simpan airnya
1/2 batang seleri
3-4 biji padi | hiris
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
1 batang serai | titik
Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu the serbuk lada sulah
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
BAHAN Kisar:
2cm halia
2cm lengkuas
5 ulas bawang merah
4 ulas bawag putih
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
5. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
6. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
7. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
8. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
9. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
10. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya.
11. Sup macaroni sedia dihidangkan.
FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
150gm daging kisar
200ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 hirisan lengkuas
2 hirisan halia
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik.
7. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Setelah cukup rasa. Tutup api.
9. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar.
10. Sedia dihidangkan.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING BAHAN-BAHAN:
200gm pasta | rebus & tos
10-12 biji bebola daging
150ml susu segar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
3 biji cili merah
1 biji tomato
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
4. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
7. Pasta sedia dihidangkan.
Jenama herba dan rempah ratus #1 di Dunia mengukuhkan kehadirannya di seluruh Asia Tenggara dengan, 'Create Fresh Memories with McCormick,' kempen jenama baharu yang...