Mi kuah antara idea hidangan yang sesuai untuk makan malam. Bukan saja sedap tapi cara penyediaannya juga ringkas dan sangat mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.
Untuk mi kuah stail utara yang dikongsi oleh Intan Syahira, ia menggunakan tulang dengan kuah yang pekat kerana dimasukkan keledek kisar. Rasanya memang enak dan cara membuatnya tetap mudah.
Mi kuning -dicelur dan ditos
Daging bahagian tulang -direbus (simpan air rebusan untuk kuah)
2 sdb rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah -direbus dan dikisar
Serbuk perasa
Garam dan gula
Sedikit kicap lemak manis (untuk rasa dan warna kuah yang gelap)
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Bahan hiasan
Tauhu -digoreng dan dipotong dadu
Cili merah -dihiris
Telur rebus -dibelah dua
Tauge
Tomato dipotong
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan tulang bersama tulang sekali untuk kuah. Masukkan ubi keledek yang dikisar. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dengan sos cili, kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Biarkan kuah agak pekat kemudian boleh tutup api.
5. Kemudian oleh tuangkan kuah di atas mangkuk berisi mi kuning. Taburkan dengan bahan hiasan dan sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Intan Syahira