Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
MI KUAH TULANG
BAHAN KUAH:
- 1kg tulang lembu | rebus empuk
- 1 liter air rebusan tulang atau daging
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 labu bawang besar | kisar
- 4 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 sm halia | kisar
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
- Garam secukupnya
- Gula perang secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
- 1 paket mi kuning | celur
- 200gm tauge | celur separuh masak
- 2 batang sawi | potong pendek dan celur
- 1 biji tomato | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
- Daun bawang secukupnya.
- Bawang goreng secukupnya.
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
- Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
- Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Mi Homemade Tanpa Guna Kapur & Pewarna.
Jom cuba resipi Mi Kuning homemade ni. Sangat sesuai bagi anda yang suka mementingkan kualiti hidangan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan asli. Istimewa, tiada asid borik, kapur atau pewarna tiruan digunakan dalam pembuatan mi ini. Memang bagus untuk kesihatan. Jom cuba.
RESIPI MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 140ml-150ml bahan cecair ( terdiri dari: 1 biji telur + sedikit garam + serbuk kunyit + air biasa = timbang 140ml-150ml. Kacau rata.)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung dan air bancuhan tadi sedikitdemi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Caranya sama macam nak adun donat.
2. Bila dah siap uli, ambil sedikit doh dan canai. Leperkan dan gelek atas papan pencanai hingga nipis.
3. Kemudian ambil pisau dan potong halus. Boleh juga potong lebar. Ikut citarasa. Untuk elak tepung melekat, tabur sedikit tepung pada pisau dan papan pencanai.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sedikit minyak. Rebus mi tadi hingga masak.
5. Angkat dan toskan. Lumur sedikit minyak pada mi bagi elak ia melekat. Jika nak goreng terus, tidak perlu gaul dengan minyak.
6. Sedia untuk dimasak mengikut resipi & cita rasa anda.
Kredit resipi & foto: Sha Roziah Al Yahya
Cara Masak Mi Kicap Sedap Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit.
Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau nak makan di kedai, agak susah nak jumpa restoran yang jual mi kicap yang kena dengan selera. Jadi, bolehlah cuba masak sendiri. Resipi ni hanya perlukan masa 15 minit je untuk masak. Bila buat sendiri ni, rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Malah pengguaan minyak bawang putih menaikkan lagi aroma hidangan ini. Barulah suami dan anak-anak makin sayang.
RESIPI MI KICAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping mi wantan ] rebus
- 250ml air
- 1 paket serbuk perencah sup ayam
BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):
- 3 biji bawang putih ] racik halus
- Minyak masak secukupnya
BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):
- 3 biji bawang putih ] racik halus
- 20ml minyak masak
- 1cm halia ]tumbuk
- 50ml kicap manis
- 50ml sos tiram
- 50ml kicap pekat
- 50ml cili sos
- 1 kiub pati bilis/ayam
- 5gm lada sulah
- Garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.
4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.
5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI:
Nasi Goreng Daging Bersama Kacang Panjang. Makan Malam Ringkas Tapi Penuh Selera.
Boleh Buat World Class Pasta Carbonara Ikut Resipi Ni
Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class pasta carbonara kat rumah ye. Resepi ni buat sosnya dari scratch,tak guna sos segera (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung. Menurut pemilik resipi bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah.(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah tu di rumah. Carbonara original tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah-olah hampir tidak berkuah. Selamat mencuba
Pasta Carbonara
Bahan-bahan:
- 60gm spaghetti (guna saiz vermicelli)
- 3 biji kuning telur
- 3 biji cendawan swiss brown
- 2-3sudu besar parmesan cheese
- Sedikit lada hitam
- Beef lean / beef streaky
Cara memasak:
1.Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.Guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak.
2.Ambil 3 biji kuning telur. Pastikan telur yang fresh. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.
3.Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kue teow Kungfu.
4.Pukul sampai pekat macam mayonis. Kena guna whisk,tak jadi kalau guna garfu. Nak guna hand mixer pun boleh.
5.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
6.Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang Holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak sosej pun boleh. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi hiris.
7.Kemudian masukkan spagheti yang sedang direbus tu. Pastikan spagheti tu hampir nak masak. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.Ceduk air rebusan spagheti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
8.Bila air rebusan spagheti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spagheti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu.Kalau nak buat untuk anak-anak, mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
9.Padamkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5 sudu besar macam tu.Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi.
10.Kacau bagi rata dan pastikan padam api sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula. Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spagheti sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Tak ada guna garam tambahan atau gula ye. Masin dari air rebusan spagheti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin berlemak.
11.Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spagheti ni.
12.Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Kredit: Wan LuQman