Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan ibu-ibu tentunya sudah mula berkira-kira menu apakah yang patut disajikan buat keluarga tercinta di pagi raya nanti.
Lazat dan mengenyangkan. Sajian Lontong Goreng dari MAGGI® ini tentunya menu raya yang paling sesuai dihidangkan di pagi Syawal ini. Malah nak memasaknya pun cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagus kan?
Cubalah menu ini di Aidilfitri ini. Anda dan keluarga pasti pasti sukakannya. Selamat mencuba.
RESIPI LONTONG GORENG PEMBUKA SELERA
Waktu memasak: 25 mint
Saiz hidangan: 4 orang
BAHAN-BAHAN:
400gm nasi impit
4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
60gm MAGGI® Sambal Tumis
100gm dada ayam
100ml air
0.25 cawan kacang tanah
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Sos Cili MAGGI®
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
100gm taugeh
100gm sawi
50gm lobak merah
0.25 cawan daun bawang
10gm bawang goreng
2 sudu besar cili merah
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan MAGGI® Sambal Tumis .
Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan tumiskan sehingga masak. Tuangkan air, masukkan kacang tanah dan gaulkan kuah sehingga sedikit pekat.
Masukkan kicap manis, Sos Cili MAGGI® dan MAGGI® CukupRasa™. Gaulkan rata.
Gaulkan nasi impit, taugeh dan kucai. Tumiskan sehingga rata.
Simple Tapi Sedap! 3 Idea Sajian Ayam Ini Memang Terbaik Untuk Dicuba
Hidangan berasaskan ayam sememangnya jadi kegemaran ramai. Dari anak kecil hinggalah orang dewasa, semuanya suka. Tidak perlu ke restoran mahal untuk menikmati sajian ayam yang enak. Hanya dengan bahan-bahan segar yang dimasak dengan ramuan terbaik, anda boleh menyediakan sajian terbaik buat keluarga. Cubalah… Anda pasti kagum dengan hasilnya.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A
5-6 ketul ayam
3 cawan air
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B
10 biji cili hijau | tumbuk kasar
2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
1 sudu makan air asam
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR:
Jika suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki.
Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A
5-6 ketul ayam
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B
1 sudu besar minyak masak
2 labu bawang besar | dadu kasar
60 gram Maggi Sambal Tumis
1 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak, masukkan MAGGI Sambal Tumis, serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili kerana ia akan membuatkan cili tidak masak sempurna dan pahit.
AYAM & SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN
2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
200gm bunga kobis | potong kecil
10 batang kacang buncis | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 bij cili merah | hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh biji sawi
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR:
Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan sayur-sayur lain mengikut cita rasa.
Sayur juga tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
Sedap & Mudah! Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Guna Pes Homemade Ni Memang Best!
Sajian Ikan Pari Bakar tentunya jadi kegemaran ramai. Ditambah pula dengan perapan sambal homemade yang enak menjadikan hidangan ini begitu menyelerakan. Anda nak cuba masak menu istimewa ini buat keluarga? Resipi di bawah ini tentunya yang terbaik. Memang sedap dan mudah disediakan.
IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
60g MAGGI Sambal Tumis
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu teh lada sulah
Gula perang dan lada sulah secukup rasa
2 potong ikan pari | cuci bersih
CARA MEMASAK
Untuk menyediakan pes sambal, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan MAGGI Sambal Tumis, MAGGI CUKUP RASA, asam jawa, serbuk lada sulah dan gula perang secukupnya. Tumis sehingga cili masak.
Ambil ikan pari dan lumurkan dengan sambal secara rata.
Kemudian bakar ikan pari tadi hingga masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.